Tuesday, June 21, 2011

orang suruh saya tulis.

Sebenarnya saya dalam kesibukan dan kemalasan yang teramat (ini benda tak bagus).

Alhamdulillah, kini saya bekerja sebagai Sukarelawan (volunteer, tapi ada bayaran ye) di Petrosains. Masih ada lagi 3 hari On-Job-Training yang berbaki.

Kemudian, sibuk menguruskan hal Visa dan rumah di USA yang tak sudah-sudah.

*****
Tahun ini, paling ramai sepupu-sepupu saya bernikah. Sepupu yang sama-sama main hotwheels, main mainan Power Rangers - Tuptap, tuptap dah kahwin dah.

Bulan 5, sepupu saya di Sungai Besar, Abang Am.

Bulan 7 akan datang, kenduri belah lelaki, (Nikah sudah selesai minggu lepas, alhamdulillah), sepupu saya di Kuala Lumpur. (Yang ini Ibu dan Acik excited sikit sebab dilantik sebagai wedding planner oleh Makndak. Haha)

Dan akan datang, bulan 10 dan bulan 11, Kak Aina dan Kak Liya pula. (sedih tak dapat datang T_T)

*****

Entahlah, melihatkan persiapan hari perkahwinan mereka. Saya yang jadi takut. Beruntunglah, kesemua sepupu saya yang bakal berkahwin sudah 3-4 tahun bekerja. Ada yang jurutera (banyak yang jurutera), ada yang kontraktor, dan lain-lain. Bukan sedikit yang dihabiskan, mendengarkan cerita berpuluh ribu terpaksa dikeluarkan. Bergantung jugalah, sama ada hendak panggil katering atau rewang, buat di dewan atau depan rumah, berapa dulang hantaran, apa itinerari majlis dan sebagainya.

Senang sahaja untuk buat apa-apa yang orang suka. Cabarannya ialah bagaimana untuk menjadikan majlis perkahwinan itu sebagai satu ruang kita menyampaikan apa-apa yang kita percaya.

Sama ada kita percaya kepada kesederhanaan atau kepuasan.

"Ala buat simple-simple je"

"Kahwin ini hanya sekali, mestilah nak grand"

Sama ada kita percaya kepada spiritual atau material.

"Nanti buat doa, biar semua orang menangis"

"Ini biar lawa sikit, bagi orang tengok"

Sama ada nilai-nilai islam yang kita pamerkan, atau nilai-nilai sosio-kultur yang kita ikutkan.

Banyak cabarannya. 

Betul.

Memandangkan kita berada dalam kelompok budaya yang amat mementingkan pendapat masyarakat dalam urusan seharian - yang banyak dipengaruh oleh budaya dan adat - tidak dapat tidak kita perlu fikirkan itu semua.

Kalau kita dalam kelompok yang menghayati nilai agama, mungkin kurang masalahnya kalau kenduri itu sederhana. Tetapi bagaimana kalau kita dalam linkungan kelompok yang amat mementingkan adat, atau material atau nilai-nilai hedonisme? Sudah tentu ukurannya berbeza. Amat berbeza sekali.

Jadi, apa kita boleh buat? 

Berusahalah mengharap redha Allah - itu yang utama. Bukanlah majlis perkahwinan itu menjadi ukuran kepada kebahagiaan pasangan mempelai kelak. Semuanya akan berbalik kepada hati dan cinta yang membendungnya kelak.

Wallahua'alam.

p/s: saya idamkan yang macam ini [klik sini] - siap dibawa berbincang dengan ibu ayah lagi. hehe :p

6 comments:

  1. volunteer petrosains? bestnya.

    lepas spm hari tu, aku isi form nak jadi volunteer kat sana gak. baru bercita2 nak g interview, MARA dah panggil ikut course. tak da rezeki.

    mesti best kan. hope dpt gak buat 1 day.

    ReplyDelete
  2. Assaamualaikum,

    :)
    boleh la akak bawak anak-anak taska ni melawat ke petrosains, ada 'abang' syazwan!

    teruja akak tengok link majlis 'msjid dalam masjid' tu. impian setiap mumin yang mahu please Allah and only Allah befor everyone. menarik rambut dalam tepung, moga2 yang tua tak terluka, wajib agama tak dicedera.

    jomlah kita ramai2 jadi trend-setter. utamakan yang utama.


    selamat ya syazwan!


    -kak aishah-

    ReplyDelete
  3. haha. sila, silakan. nak datang petrosains. sangat bestlah :)

    ReplyDelete
  4. bagus. kawan yg 'patuh'. heh

    ReplyDelete
  5. Salam syazwan. Belakang ni macam banyak menulis tentang sayap yang sana. Ada baiknya tau, membesarkan anak di rantauan. Teringat dulu betapa seronok tiap kali winter pergi gathering ramai-ramai, buat program Malaysia Day di sekolah dll. Apa lagi, jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama, calon kita diambil orang.hehe ;)

    Thanks for the tribute. Mudah-mudahan tercapai impian itu. Ada lagi satu cara yang laaagi murah,rm2000 boleh buat kenduri besar-besar dan selesai semua urusan. Kahwin di Syria! Hehe. Alfatihah..

    ReplyDelete
  6. Abang nadir: besarnya impian, haha. Tak kot.

    Abang gerak dulu lah, saya hanya akan menyusul kemudian :)

    ReplyDelete