Saturday, October 22, 2011

Adiwira!

Saya suka tonton cerita yang ada unsur-unsur superhero.

Superhero adaptasi komik, novel, ataupun memang animasi seperti Aang dalam Avatar, atau Chuck dalam Chuck Series ataupun dalam Star Wars. Selepas saya habis tonton, mesti ada rasa semangat semacam - dan nak jadi super-kool macam mereka - nak ada kuasa, nak tolog orang susah ketika dalam kecemasan... swoosh saya datang membantu.

Kalau ada yang menonton Harry Potter VII The Deathly Hallows Part II, saya teringat babak di mana Harry Potter disambut selepas dia lama menghilang. Dia seolah-olah menjadi messiah untuk puak-puak Hogwarts yang bersembunyi sambil merancang-rancang melawan Death Eaters yang telah merampas Hogwarts.

saya letak gambar ini sebab saya rasa rambut
saya akan jadi begini /:p
[kredit]

Ha, semua nak jadi Harry Potter, nak jadi Aang, nak jadi Chuck, nak jadi Obi Wan Kenobi atau Yoda macam dalam Star Wars. Masalahnya, anda tak boleh! Bukan sebab kita tiada tongkat ajaib atau parut berbentuk kilat. Bukan juga sebab kita tak hidup di Hogwarts belajar ilmu sihir selepas itu boleh jadi Auror nak lawan orang-orang jahat. Bukan juga sebab kita tiada intersect dalam kepala (kalau lah intersect ini boleh letak Al-Quran, dah lama saya akan volunteer jadi intersect. Haha, merepek). Bukan juga sebab kita tak mampu lagi nak bina lightsaber, ataupun...

OK, benda-benda di atas semuanya merepek sahaja sebab memang itupun sebabnya kita tak boleh jadi hero-hero khayalan tajaan barat ini. Kita dilemahkan dari segi pemikiran bahawa itu mengubah sesuatu atau untuk bergerak dengan misi dan visi kita kena jadi hebat, ada kuasa power gitu! Betul ke?

Baiklah, mungkin anda bukan Harry Potter. Tetapi mungkin sahaja anda boleh jadi Dumbledore atau mungkin anda boleh jadi Neville Longbottom. Atau mungkin anda ialah budak yang tak pernah disebutkan namanya oleh JK Rowling, hanyalah budak Hogwart yang naik tangga berselisih dengan Harry Potter tetapi turut melawan Death Eaters.

Tak kisahlah siapa kita sebenarnya kita ialah superhero - kalau kena caranya. 

Lihatlah dunia, lihatlah kepincangannya. Apakah peranan kita? Sebagai seorang muslim, kita mengucap kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat dan lain-lain rukun islam dan rukun iman macam mana yang kita hafal sewaktu sekolah rendah. Adakah terhad di situ?

Belum. Belum cukup lagi, mari jadi super muslim. Tak payah nak terima cincin dan lantern macam dalam Green Lantern - cukuplah buat apa?

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik (3:110)
[kredit]

Hah. Ini hebat Allah yang nak bagi. Allah pilih dalam kalangan manusia , umat Muhammad untuk jadi yang terbaik, untuk jadi yang superhero - tetapi dengan dua syarat utama mana-mana superhero kena buat : Berbuat perkara baik atau bahasa orang alimnya amal makruf dan mencegah perkara yang salah atau nahi munkar.

Tetapi ada lagi satu bonus yang hero-hero khayalan tak buat tetapi Allah bagi sebagai satu syarat untuk jadi super muslim - beriman kepada Allah. Yang super duper ultra ultimate super lagi Hero sudah tentulah junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang kita tiru dan ikut.

Senjata kita? Doalah. Tetapi janganlah sebab ini Nabi Muhammad sabdakan, kita pun ambil mudah semua perkara. Bila tentera Israel dah boleh hasilkan macam-macam senjata, teknologi militari yang hebat kita pun berpeluk tubuh, "Takpe, umat Islam ada doa sebagai senjata". 

Sebab itu super-super hero yang ada ini perlu bijak merancang, yang pandai. Tetapi tak semualah boleh jadi Harry Potter nak bunuh Voldemort, perlu ada tokoh seperti Prof Dumbledore dan Prof McGonagall untuk memastikan perangcangan rapi terlaksana. Malah, spy seperti Prof. Snape pun perlu. Tetapi motivasi kita harus sama - iaitu kerana Allah. 

Tetapi bukan semua manusia dilahirkan dengan potensi yang sama. Benar. Sebab itu, jika kita hanya mampu menjadi budak yang asalnya menggigil di tepi tangga Hogwart tetapi turut turun melawan pun sudah cukup baik. Apa syaratnya tadi? Menyuruh kepada kebaikan, mencegah daripada perkara buruk, dan beriman kepada Allah. Penuhilah syarat-syarat ini - maka bersuperherolah kita.

Terkadang kita mengeluh kerana kita tak sehebat orang lain, dan itu membuatkan kita malas berusaha. Ah, persetankan semua itu. Cuba ingat kisah burung pipit. Saya tak tahu bagaimana jalan periwayatannya tetapi ia memberi iktibar kepada kita bagaimana seekor burung pipit yang kecil berusaha untuk terbang berulang alik mendekati api marak yang membakar tubuh Nabi Allah Ibrahim AS. Perbuatan burung itu ditegur oleh burung yang lebih besar, "Haramjadah apalah yang kausibukkan, aku yang besar ini pun tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi engkau."

Kalau kita yang tahu kisah Nabi Ibrahim inipun kita tahu yang Allah memerintahkan api untuk menjadi sejuk. Jadi memang perbuatan burung pipit itu sia-sia. Hampeh, habuk pun tarak.

Tetapi tidak di sisi Allah. Apa jawapan burung pipit tadi? "Aku tahu usahaku mungkin sia-sia, tetapi sekurang-kurangnya apabila Allah bertanyakan kepadaku kelak apa yang aku perbuat sewaktu Nabi Ibrahim dibakar, aku boleh menjawab kepadanya,"

Oleh itu, kita fikirkan, mungkin usaha kita untuk agama Allah tidak terlihatpun sinarnya walau sekelumit di zaman kita - tetapi kita wajib yakin dengan janji Allah - maka kita akan tahu walaupun bukanlah di tangan kita Islam itu tertegak, tetapi usaha yang kita buat pasti akan dinilai di sisi Allah kelak.

(Nota samping: Walaupun usaha boikot McD atau barangan Israel memang nampak seperti tidak membantu perjuangan saudara seakidah kita di Palestin, tetapi pasti Allah akan kira nilainya , insyaAllah.)

Jadi, bagaimana? Mahu sahut cabaran Allah untuk jadi superHamba-Nya dan menyertai perjuangan ini?

"With Greater Power, comes greater responsibility" (pakcik Peter Parker a.k.a Spiderman)

6 comments:

  1. Di sana ada seorang super hero dalam Islam yg org tau tapi tak sedar kepoweran dia. Lagi power daripada Harry Potter yg perlukan Ron dan Hermione. Lagi power daripada Batman yang perlukan Robin. Lagi power daripada Obi Wan Kenobi yang taklah power sangat.

    Sebab superhero ni single-handedly, Islamkan sebuah kampung tanpa dakwah lisan pun. Tanpa dakwah bilhal pun. Tanpa dakwah fardhiyyah pun.

    Superpower ni dicatat sejarah sebagai Ghulam, dalam kisah Ashabul Ukhdud.

    Qudwah hasanah the power of one, asal ada iman and yakin :)

    ReplyDelete
  2. Hehe, you read my mind there

    Masa tgh tulis, then I stopped (before cerita burung pipit tuh) "Baik aku tulis ashabul ukhdud, lagi menarik,"

    Tapi tak tulis pon. :) Kena tunggu blogger (baca: nurilhakim) yang lebih hebat tulis pasal tuh, baru maksud sampai

    ReplyDelete
  3. Salam..

    suka cerita superhero?
    saya cadangkan baca novel 'Hero', penulis Hilal Asyraf

    hero untuk ummah..insyaallah akan menyusul satu hari nanti..amiin

    ReplyDelete
  4. @hural'ain: wah cdgn yang baik. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. sy cadangkan, awak jadilah hero dekat US tu. hmm ok? hehe

    banyak betul nama watak yang aku blur dalam post kau ni.. haha..
    nice one macam biasa :)

    ReplyDelete
  6. @nidzam: in the process kot. Tengah cari kostum terbaik pny.

    Bagus, kebluran anda menunjukkan anda bukanlah mat movie seperti saya.

    ReplyDelete