Monday, March 9, 2015

Rayu Hati

Ah, alam dewasa. Tiada yang indah. Semua keputusan bakal ada akibatnya.

Jadi pilihan sebenarnya di tangan kita. Betul juga pepatah Melayu mengingatkan, "kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai".


Cabaran itu memang akan ada, dan Allah yang rahmat-Nya meliputi dan melitupi alam ini mustahil pula akan menindas manusia. Janji-Nya, beban yang diberi akan memadai dengan kesanggupannya.

Ah tetapi siapa yang mahu susah? Tiada sesiapa. Oleh sebab itu dunia ini akan diterbitkan hari demi hari dengan kesusahan dan kepayahan, supaya manusia ini jadi tergilap potensinya dan tertuju pula halanya.

Dan ini semua pucuk bujukan hati buat diri. Moga sentiasa beringat, dalam kesusahan itu akan ada kemudahan.


Dalam kesusahan itu ada akan ada kemudahan.



No comments:

Post a Comment