Sunday, April 5, 2015

Kelas

"Teacher,  research saya sekarang mengenai geokimia,"

"Geokimia?"

"Ya, geokimia." saya ulang lagi, mungkin suara saya tenggelam dalam titis-titis hujan di pinggir bumi Shah Alam.

"Apa kaitan dengan fizik awak?"

Jadi saya salah. Teacher tak tahu saya sudah bertukar bidang. Maka saya menceritakan yang saya bertukar bidang sewaktu semester pertama di Penn State.

"Aaaah. Itulah awak. Dulu bukan awak suka gila ke fizik?"

Saya tersenyum, mengangguk. Ah cinta itu sudah lama hilang. Atau mungkin saya yang padamkannya.

"Kelas saya mesti awak tidur je. Tapi kalau kelas Teacher Sharifah, terjaga awak!"

Saya gelak. "Itu mungkin karma teacher."

Kebetulan, iqamah untuk solat asar dilaungkan. Kami segera bergegas ke dewan solat. Ah, siapa sangka, mahu melepak-lepak di Masjid berdekatan terserempak dengan guru-guru dari SAMBEST yang mengiringi peserta-peserta Kuiz Falak Syarie?

Saya bisikkan kepada kawan sewaktu kami menempuh hujan ke dewan Solat, "Ah, bukan kelas dia je aku tidur. Semua kelas aku tidur".

Ya, semua kelas. Termasuk fizik. Saya tersenyum sendiri.

Syukur Tuhan menunjukkan jalan. 

No comments:

Post a Comment