Monday, June 18, 2012

Be yourself.

Macam pernah dengarkan? Iya. Ia berada di mana-mana, di dalam cerita-cerita di layar perak dan skrin TV. Ada di dalam novel-novel. Ada di dalam lagu-lagu.

Memang tak salah. Tidak salah untuk kita "menjadi" diri sendiri, menghargai penciptaan kita yang telah Allah ciptakan seperti firman-Nya dalam Al-Quran, saya petik, sebaik-baik kejadian. Alhamdulillah. Kita menerima kejadian kita seadanya. Itu ialah suatu kesyukuran dan ia positif.

Cuma yang ditakuti, sentimen ini membarah pula. Menjarah keinsafan insan yang kian lama semakin pula memudar lantaran kesyukuran ini bercambah pula menjadi keselesaan.

Akhirnya menafikan ruang perubahan.

Ramai antara kita yang terjerat dengan dilema ini. Mahunya berubah, tetapi hilang keyakinan. Ada pula yang memang tidak mahu berubah kerana terlalu yakin dengan dirinya. Untuk apa berubah jika akhirnya kita menjadi bukan "diri" sendiri?

Persoalannya ialah, untuk apakah kita di dunia? Allah yang Maha Penyayang itu membantu kita memahami dalam surah al-Mulk ayat 2, saya petik, Dia (Allah) lah yang mentaqdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapa yang lebih baik amalannya, dan Allah berkuasa (membalas amal kamu), dan lagi Maha Pengampun.


Kata kuncinya: UJIAN. Hidup ini ujian, dan mati itu ialah pengakhirannya. Dan standard ujian, kita akan teruji (OK, itu obvious) dan dalam ujian pastinya kita akan berasa payah, gusar tanpa mengetahui dengan pasti sama ada kita berjaya menjawab ujian tersebut.

Hidup ini ujian, Allah berpesan. Maka ia datangkan kepada kita batasan-batasan, dan tidak cukup dengan itu, Allah datangkan lagi tanggungjawab-tanggungjawab kita sebagai manusia yang perlu ditunaikan.

Maka, memang wajarlah kita bersusah dalam ujian ini kan?

Tetapi tidak ramai yang sanggup. Tidak ramai juga yang menyedari hakikatnya. Segala dinding kehidupan, dibina atas penipuan keseronokan dunia. Batu-batanya dicalit dengn noda-noda sonsang akan fahamnya ia pada DUNIA.

WE LIVE ONCE. 

NO. YOU ARE DEAD WRONG.

WE LIVE TWICE.


Susah di dunia, tidak bermakna susah di akhirat bukan? Dan begitulah sebaliknya.

Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(QS 87:14-17)




Hati yang Terabai











































































Hati yang terabai. 

Begini kosong jadinya. Habis amal diratah riya'.

Hanya mampu pohon pada Tuhan, agar dikuatkan.




Mahu cari gua kosong. Kadang-kadang yang kosong itu lebih mengisi hati dari dewan penuh orang.