*Saya terinspirasi untuk berkongsi perasaan yang saya dapat apabila menghadiri sesi halaqah bersama Pakcik Kamaruddin di surau Kampus saya. Di akhir ceramah, pakcik menunjukkan kepada kami video sebuah rancangan arab bertajuk "In Kana Bainana"
Orang selalu tidak ambil kisah, siapa yang patut jadi idola, atau dalam bahasa omputeh ialah role model. Kadang-kadang hanya sekadar tempelan di biografi-biografi yang terlakar di buku-buku tanpa kepentingan.
Dahulu, saya merasakan, kalau letak role model Nabi Muhammad SAW ialah sangat cliche. Pendapat saya,orang Islam, mestilah role model kita itu Nabi Muhammad SAW, jadi itu satu redundancy. Harusnya berfikiran lebih terbuka untuk berani "keluar dari kepompong stereotaip" dan memilih tokoh-tokoh yang lebih kontemporari seperti Syed Hassan Al Banna atau Prof Yusuf Al-Qardhawi (atau mungkin Mahmoud Ahmadinejad?) atau kalau mahu lebih saintifik pilihlah Albert Einstein, Michio Kaku atau Abdus Salam. (Maafkan saya sebab semua ini ahli fizik)
Itu dahulu, sewaktu saya dalam persekitaran agama - dan semua orang kenal Muhammad SAW dan rules dictate yang sedikit banyak para pelajar harus untuk mengikut sunnah baginda yang "terselit" dalam peraturan. Tambah-tambah lagi, kalau mahu A tersenarai di keputusan, riwayat hidup baginda perlu kami khatamkan. Tidak boleh tidak!
Tetapi, itu semua dipandang ringan. Mustahil Allah mahu cakap benda sia-sia dalam Al-Quran apabila Dia mengatakan pada diri Muhammad SAW itu ada suri teladan yang baik (uswatun hasanah). Allah memang mahu kita jadikan baginda role model kita. Tiada yang lain - kalau ada pun, tidak ada boleh setanding dengan baginda dari tahap ke-rolemodel-annya.
Perbetulkan Pandangan
Dahulu, rupanya saya yang sempit dan sebenarnya terkongkong dalam standard yang diletakkan oleh manusia. Mungkin minda saya celik dalam meneladani, tetapi hati saya terpejam dalam menyedari. Alhamdulillah, Allah berikan saya ilham kesedaran untuk akhirnya celik memandang kepada peribadi Baginda Rasulullah SAW.
Kenapa? Kerana Hasan Al Banna pun beridolakan Nabi Muhammad, dan saya yakin Prof Yusof Al-Qardhawi pun. Insan hebat sepanjang zaman, baik secara rohani, emosi, dan fizikal. Bagindalah Pesuruh Allah , Pemimpin Negara yang bijaksana, General Perang yang berani, Pendidik yang efisien, Suami yang hebat, Ayah yang ulung, Sahabat yang sejati, Hakim yang adil dan paling utama, baginda ialah Hamba yang bersyukur. Masih tak cukup lagi?
Kalau sewaktu zaman Industri di Amerika Syarikat dahulu, sewaktu kemiskinan bermaharajalela dalam kalangan pendatang di sana, ada sebuah gerakan protestan yang dinamakan Social Gospel. Gerakan ini bertujuan untuk meniupkan semangat kepada fakir miskin di sana supaya mengubah cara hidup mereka dan berusaha semampu mungkin. Malah ada buku yang dikeluarkan - yang sangat laris - bertajuk ""What will Jesus Do?" yang intipatinya ialah untuk menarik perhatian orang kristian waktu itu untuk merenung sejenak tindakan manusia agung (Tuhan Agung?) dan mengaitkannnya secara langsung dalam kehidupan mereka.
Sepatutnya umat Islam, kita perlu lebih lagi. Bukan dengan niat mahu bertanding dengan golongan nasrani atau yahudi, tetapi itu yang sepatutnya. Kita tidak perlu fikirkan, "Kalau Nabi Muhammad apa yang dia buat?" kerana itu memang diluar jangkauan kita kerana tindak tanduk Baginda SAW ialah wahyu daripada Allah yang Maha Esa.
Kita ada apa? Kita ada Al-Quran yang banyak menjadi panduan Baginda, dan seharusnya menjadi panduan kita. Kita ada sunnah baginda bersandarkan hadith Nabi yang diriwayatkan secara bersanad (bersambung periwayatannya). Kita juga ada ahlul bait, sahabat dan para ulama' yang mewarisi Nabi Muhammad SAW daripada aspek legasi ilmu tauhid, feqh dan akhlaknya. Apa tunggu lagi?
Tetapi Saya mana boleh jadi baik macam Nabi. Baginda maksum, saya?
Memang. Kita memang MUSTAHIL untuk jadi seperti Nabi Muhammad Kekasih Allah. Tetapi tidak mustahil untuk kita berusaha ke arah itu. Malah kita perlu berusaha ke arah itu untuk menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak.
Kalau baginda di sisi kita?
Memang menjadi impian kita untuk bersama Rasulullah SAW. Berjuang bersama baginda, dan meminta nasihat daripada meleraikan segala kekusutan yang bersarang di jiwa. Saya akan minta baginda untuk bawa saya melepaskan diri daripada kekangan sistem yang benar-benar menekan jiwa saya. Saya, meminjam kata-kata Pak Lah, mahukan damai abadi.
Tetapi saya jadi malu juga, untuk bersemuka dengannya, jika ditanyakan dalam mulut sibuk mengungkap rasa cinta-Nya apa yang saya buat untuk meneruskan usahanya menyebarkan amanah islam? Sejauh mana saya berakhlak dengan akhlak yang disarankan baginda?
Kalau itu semua susah, apa yang akan saya jawab apabila rasulullah SAW yang tercinta tanya, dalam sehari berapa kalikah saya berselawat untuknya?
Rasulullah SAW rindukan saudara-saudaranya yang beriman kepadanya tanpa pernah melihat baginda. Adakah kita termasuk dalam kalangan itu?
Allah... Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala Ali-Muhammad.

Rasulullah pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak. Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"
Kalau sewaktu zaman Industri di Amerika Syarikat dahulu, sewaktu kemiskinan bermaharajalela dalam kalangan pendatang di sana, ada sebuah gerakan protestan yang dinamakan Social Gospel. Gerakan ini bertujuan untuk meniupkan semangat kepada fakir miskin di sana supaya mengubah cara hidup mereka dan berusaha semampu mungkin. Malah ada buku yang dikeluarkan - yang sangat laris - bertajuk ""What will Jesus Do?" yang intipatinya ialah untuk menarik perhatian orang kristian waktu itu untuk merenung sejenak tindakan manusia agung (Tuhan Agung?) dan mengaitkannnya secara langsung dalam kehidupan mereka.
Sepatutnya umat Islam, kita perlu lebih lagi. Bukan dengan niat mahu bertanding dengan golongan nasrani atau yahudi, tetapi itu yang sepatutnya. Kita tidak perlu fikirkan, "Kalau Nabi Muhammad apa yang dia buat?" kerana itu memang diluar jangkauan kita kerana tindak tanduk Baginda SAW ialah wahyu daripada Allah yang Maha Esa.
Kita ada apa? Kita ada Al-Quran yang banyak menjadi panduan Baginda, dan seharusnya menjadi panduan kita. Kita ada sunnah baginda bersandarkan hadith Nabi yang diriwayatkan secara bersanad (bersambung periwayatannya). Kita juga ada ahlul bait, sahabat dan para ulama' yang mewarisi Nabi Muhammad SAW daripada aspek legasi ilmu tauhid, feqh dan akhlaknya. Apa tunggu lagi?
Tetapi Saya mana boleh jadi baik macam Nabi. Baginda maksum, saya?
Memang. Kita memang MUSTAHIL untuk jadi seperti Nabi Muhammad Kekasih Allah. Tetapi tidak mustahil untuk kita berusaha ke arah itu. Malah kita perlu berusaha ke arah itu untuk menjamin kehidupan kita di dunia dan di akhirat kelak.
Kalau baginda di sisi kita?
Memang menjadi impian kita untuk bersama Rasulullah SAW. Berjuang bersama baginda, dan meminta nasihat daripada meleraikan segala kekusutan yang bersarang di jiwa. Saya akan minta baginda untuk bawa saya melepaskan diri daripada kekangan sistem yang benar-benar menekan jiwa saya. Saya, meminjam kata-kata Pak Lah, mahukan damai abadi.
Tetapi saya jadi malu juga, untuk bersemuka dengannya, jika ditanyakan dalam mulut sibuk mengungkap rasa cinta-Nya apa yang saya buat untuk meneruskan usahanya menyebarkan amanah islam? Sejauh mana saya berakhlak dengan akhlak yang disarankan baginda?
Kalau itu semua susah, apa yang akan saya jawab apabila rasulullah SAW yang tercinta tanya, dalam sehari berapa kalikah saya berselawat untuknya?
Rasulullah SAW rindukan saudara-saudaranya yang beriman kepadanya tanpa pernah melihat baginda. Adakah kita termasuk dalam kalangan itu?
Allah... Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala Ali-Muhammad.
ceramah2 pakcik banyak buka mata dan buat aku berfikir.
ReplyDeletealhamdulillah :)
alhamdulillah..
ReplyDeleteUswah hasanah. Qudwah hasanah.. sume ada. kalau Nabi ada dlm klgn kita, ill b speechless and shame, and happy.. macam mana la aku nk react kat akhirat nnt depan nabi
? T.T
Aku cadangkan kau letak button like supaya dapat share ramai :) Thanks wan.Untuk ayat-ayat yang terakhir,baris-baris yang menekan.
ReplyDeleteIntrospeksi selayaknya dilakukan pada diri sendiri :) InsyaAllah.
@syahidatul zubaida: Betul. banyak buka mata. Pak cik banyak menekankan aspek spiritual dalam keadaan kita yang terperangkap dalam arus ilmu sekular nih kan.
ReplyDelete@Asif: Itu baru menghadap nabi. Kalau Allah bagaimana pula? Allah, betul kata Umar Al-Khattab. Lebih baik jadi batu.
@Hanisah: Kat bawah tuh kan ada button share jat Facebook. Tak payah lah letak button like (sebenarnya tak tahu, hehe)
alhamdulillah, memang best!
ReplyDeletehmm.. Alhamdulillah.. terima kasih atas post ni wan. membuka mata.
ReplyDeletewell said, nabi muhammad s.a.w kalau ikut profesyen sekarang... baginda memang profesional kan.
biotechnologist,motivator,engineer etc etc..mmg style..versatile...dan 'split personality' tidak ada dalam kamus hidup baginda.. siddiq , amanah, tabligh, fathonah...itulah nabi...contoh kutan sepanjang zaman... =)
'lau kana bainana al-habib'
ReplyDeletetema sambutan maulidur rasul pelajar malaysia irbid,jordan tahun ni..huhu
bru mggu lpas ditunjukkan video yg sama.lau kana bainana,dri rancangan famous arab khawatir.bnyk diorng buat kajian,misalnya tentang kmajuan org jepun,n knapa arab xleh g sjauh tu.prbandingan kmajuan di msia pn ada,tp blum smpt tgk.
ReplyDeletebagus pendedahannya.dpt idea buat modul baru.syukran. :)