Thursday, June 30, 2011

Upah Jiwa

Dalam kehidupan, mana ada yang sentiasa menyenangkan.

Pasti ada naik turunnya. Pasti.

Tetapi dalam sesaran turun naiknya, pasti ada hikmah terkandung. Macam gerakan plat bumi, yang membentuk sesaran mengandung petroleum (OK. Ini baru belajar tadi)

Hikmah yang mahal.


I
"Matahari ini, kalau diletakkan bumi ke dalamnya boleh diisi 1 juta. Matahari ini pun bukanlah yang paling besar. Ada lagi yang beribu-ribu kali ganda yang lebih besar. Cuba bayangkan pulak galaksi kita sahaja, kemudian ada galaksi lain yang besar. Jadi bagaimana pula dengan kebesaran Penciptanya?" *diedit sedikit

"-Ha, kenapa jadi macam tu? Israk mikrak?
 -Ha, hari inilah israk mikraj kan bang?
 -Itulah, rugi aku tak puasa. Kaulah tak bagitahu aku.
 -*gelak. Saya dah niat puasa semalam tapi sarapan tadi atuk sediakan air, minum jelah.
 -Wah, baguslah dapat pahala niat!"
Bagi saya, sesi On Job Training di Petrosains waktu inilah yang paling saya senang sekali.

Alhamdulillah.



II
Lagi sebak, bila melihat adik-adik yang kurang upaya - yang seronok mencuba-cuba sains yang mereka tidak pernah cuba.

Senyum mereka, tawa mereka. Itu upah jiwa yang cukup mahal.

Alhamdulillah.



III

Sejuk hati apabila ada yang memberi tempat duduk kepada yang memerlukan, bimbing orang cacat penglihatan mencari jalan.

Buat baik bukan nak tunjuk baik. Buat baik, kerana saya percaya kebaikan itu wujud - dan saya mahu jadi sebahagian daripadanya.

Dalam desit individualistik kota - sinar kebaikan itu memang wujud.

Tuesday, June 21, 2011

orang suruh saya tulis.

Sebenarnya saya dalam kesibukan dan kemalasan yang teramat (ini benda tak bagus).

Alhamdulillah, kini saya bekerja sebagai Sukarelawan (volunteer, tapi ada bayaran ye) di Petrosains. Masih ada lagi 3 hari On-Job-Training yang berbaki.

Kemudian, sibuk menguruskan hal Visa dan rumah di USA yang tak sudah-sudah.

*****
Tahun ini, paling ramai sepupu-sepupu saya bernikah. Sepupu yang sama-sama main hotwheels, main mainan Power Rangers - Tuptap, tuptap dah kahwin dah.

Bulan 5, sepupu saya di Sungai Besar, Abang Am.

Bulan 7 akan datang, kenduri belah lelaki, (Nikah sudah selesai minggu lepas, alhamdulillah), sepupu saya di Kuala Lumpur. (Yang ini Ibu dan Acik excited sikit sebab dilantik sebagai wedding planner oleh Makndak. Haha)

Dan akan datang, bulan 10 dan bulan 11, Kak Aina dan Kak Liya pula. (sedih tak dapat datang T_T)

*****

Entahlah, melihatkan persiapan hari perkahwinan mereka. Saya yang jadi takut. Beruntunglah, kesemua sepupu saya yang bakal berkahwin sudah 3-4 tahun bekerja. Ada yang jurutera (banyak yang jurutera), ada yang kontraktor, dan lain-lain. Bukan sedikit yang dihabiskan, mendengarkan cerita berpuluh ribu terpaksa dikeluarkan. Bergantung jugalah, sama ada hendak panggil katering atau rewang, buat di dewan atau depan rumah, berapa dulang hantaran, apa itinerari majlis dan sebagainya.

Senang sahaja untuk buat apa-apa yang orang suka. Cabarannya ialah bagaimana untuk menjadikan majlis perkahwinan itu sebagai satu ruang kita menyampaikan apa-apa yang kita percaya.

Sama ada kita percaya kepada kesederhanaan atau kepuasan.

"Ala buat simple-simple je"

"Kahwin ini hanya sekali, mestilah nak grand"

Sama ada kita percaya kepada spiritual atau material.

"Nanti buat doa, biar semua orang menangis"

"Ini biar lawa sikit, bagi orang tengok"

Sama ada nilai-nilai islam yang kita pamerkan, atau nilai-nilai sosio-kultur yang kita ikutkan.

Banyak cabarannya. 

Betul.

Memandangkan kita berada dalam kelompok budaya yang amat mementingkan pendapat masyarakat dalam urusan seharian - yang banyak dipengaruh oleh budaya dan adat - tidak dapat tidak kita perlu fikirkan itu semua.

Kalau kita dalam kelompok yang menghayati nilai agama, mungkin kurang masalahnya kalau kenduri itu sederhana. Tetapi bagaimana kalau kita dalam linkungan kelompok yang amat mementingkan adat, atau material atau nilai-nilai hedonisme? Sudah tentu ukurannya berbeza. Amat berbeza sekali.

Jadi, apa kita boleh buat? 

Berusahalah mengharap redha Allah - itu yang utama. Bukanlah majlis perkahwinan itu menjadi ukuran kepada kebahagiaan pasangan mempelai kelak. Semuanya akan berbalik kepada hati dan cinta yang membendungnya kelak.

Wallahua'alam.

p/s: saya idamkan yang macam ini [klik sini] - siap dibawa berbincang dengan ibu ayah lagi. hehe :p