Monday, November 26, 2012

uğur böceği (Kumbang Nasib Baik)

Ah, perkara ini memang merunsingkan.

Dahulu, dia pernah jelas akan perkara ini. Sangat jelas, walaupun dia arif benar jalan seni reka grafik ini kemuncupnya banyak. Kemuncup aurat dan objektifikasi wanita yang sering melekat pada kanvas karier seorang perekabentuk grafik - Graphic Designer bak kata orang atas angin, tempat asal dia menuntut dan mendalami ilmu ini.

"Abang, belum mahu tidur lagi?" isterinya menerpa dari pintu pejabat rumahnya. Skrin iMac 27-inci-nya itu memantulkan refleksi seorang insan yang melakari hidupnya dengan warna-warni ceria dan cinta.

"Belum lagi, ada sedikit tugasan perlu disiapkan. Awak tidurlah dahulu," Balasnya dengan nada sugul. Isterinya jelas memahami, dan lekas memberikan privasi yang dituntut.

"Baiklah bang, ingat ya, walau apa kita buat, biar Allah redha. Dari situ, berkatnya bertambah dari arah yang kita tidak ketahui," balas isterinya membiarkan pintu ditutup rapat sedikit. Beberapa tapak dia melangkah, isterinya menoleh. Jelas cahaya kebiru-biruan terpancar daripada ruangan halus pintu tersebut.

Kata-kata itu pantas meresap ke dalam hatinya. Kuasa cinta mungkin - yang berlandas cinta Ilahi - memancarkan ilham baru buat perekabentuk grafik muda itu. Namanya sedang melancar naik di persada grafik tanah air - gara-gara prestasi yang memberangsangkan ketika menuntut di Amerika Syarikat dahulu. Akid Iman - pernah beberapa kali tertampil keluar di surat khabar tempatan. Rekaan grafiknya memang menyuguh minda, dan dia tidak penah tewas kepada jalur utama media yang sering menjadikan wanita sebagai objek tarikan seksual.

Katanya dahulu, itu rekacipta dangkal. Baginya rekacipta haruslah bersifat islami - dan islami tidak pernah kering mahupun suram. Bukalah al-Quran dan kita akan pantas tertarik kepada keindahan bahasanya. Lihatlah alam lalu hati ini mudah sayu dan tunduk dalam kekaguman saat kita melontarkan pandangan. Pesan Nabi SAW, Tuhan itu indah, dan sukakan keindahan.

Nah, seni bukan sesuatu yang asing dalam islam. Seni itu islami, tetapi hari ini dek pengaruh budaya barat yang obses akan kecantikan superfisial - umat islam tewas dalam persaingan merebut ruang kreativiti. Dia jelas, gara-gara kita tunduk melayu kepada kononnya gahnya barat, kita jadi mandul. Mandul dalam produktiviti, dan tumpul pula dalam kreativiti.

Maka, dia tekad. Saat dia beroleh peluang mendalami seni reka grafik, dia kebalkan minda dan benteng pula ia dengan fahaman seni yang islami. Bahawa Allah itu indah dan sukakan keindahan. Tetapi yang bagaimana? Yang menurut perintah-Nya tentu. Bukankah, berulang kali diingatkan dalam Al-Quran yang punya hati-hati manusia itu Allah jua?

Maka dia mendalami satu demi satu teori dan harmonikan pula dengan prinsip-prinsip asal islami. Hasilnya, karya Akid memberikan nafas baru, karya yang menyuguh minda dengan indahnya ciptaan Tuhan. Dia lantas akur dan insaf - bahawa umat Islam itu wajib kreatif, perlu juga berhenti mengelak dari bidang yang dikatakan "syaitan" dan "kotor", dan belajar untuk mengurus, memandu agar hasilnya itu islami pada inti dan indah pula pada mata.

Prinsipnya jelas - tiada wanita sebagai objek.

Tetapi itu kisah tiga tahun lepas. Saat eksperimentasi, saat kurang liabiliti. Hari ini dia punya keluarga idaman hati, profesion punca rezeki dan semua itu bermakna lebih liabiliti. Selesai menunaikan Pengajian Sarjana di universiti idamannya di Carnergie Mellon Universiti, dia pulang dengan seribu satu harapan, dengan segulung ijazah dan sebuah reputasi. Malangnya sikit pula dia dihargai. Mujur dia punya isteri yang faham selok belok hati dan dengan itu kecekalannya meninggi.

"Akid, saya mahu awak uruskan iklan ini untuk pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Katanya mahukan penjimatan kos jika melantik syarikat kita, ini peluang besar untuk awak dan syarikat kita," proposal diluncurkan di atas meja oleh pengarah syarikat konsultasi media ternama tanah air, Encik Badrul. "Kalau berjaya, pulangan awak besar Akid. RM 250 000 sebagai permulaan dan saya arif benar potensi awak dan rasa awaklah yang paling layak, cuma, don't take me wrong saya hormati prinsip awak Akid, tetapi klien ada beberapa spesikasi yang mereka tuntut antaranya penggunaan wanita,"

Saat itu prinsipnya teruji. Antara liabiliti dan hati - dia harus memilih dan pilihan itu harus bijak. Kehidupan di Kota Raya merupakan satu ujian, dan soal kewangan tidak pernah memberi belas kasihan. Tidak, bukan dia tidak bersyukur. Cuma anak keduanya yang bakal lahir dalam tujuh bulan lagi perlukan perhatian daripada segenap aspek. Tugasnya sebagai seorang bapa, mahu mencari rezeki yang halal untuk keluarganya, dan beberapa kali dia menyelusup pintar, melepaskan dirinya daripada beberapa kerja yang dipandangnya melanggar prinsip.

Cuma kali ini, berselang amaran keras daripada Encik Badrul, "..dan awak beberapa kali mengelak. Saya nasihatkan kalau awak tidak mampu lebih baik awak, err cari kerja lain Akid. Your choice, or mine," kata-kata itu menerjah laju, beserta sekali imej isterinya, anak sulungnya dan... imej hitam beserta jalur-jalur kuning, imej ultrasound permata hati yang bakal lahir kelak.

Lamunannya mati andar. Kembalinya dia kepada realiti - dunia grafiknya - bertemankan cahaya biru keputihan daripada skrin iMac itu dia melayani malam yang esoknya menjanjikan entah apa-apa. Dia menyelak fail yang diberikan. Syarikat kereta ternama antarabangsa. Apa yang dimahukan model wanita berpakaian merah dengan model kereta berwarna merah. "Ah, ini sampah!" dia menyumpah dalam hati. "Usah dibazirkan duit melantik media konsultan jika secetek ini iklan yang dimahukan," Kepalanya bertambah pusing, dan gelas yang dipenuhi separuh kopi itu dipandangnya lama.

Dia bingkas bangkit dan menuju ke bilik air, saat ini, hanya satu yang mampu dilakukan. Tuhannya yang maha Pendengar menanti.

Usai solat malam memohon petunjuk, dia kembali ke medan kerjanya. Dikecilkan tetingkap Adobe dan dibuka pula Microsot Word. 

Perlahan-lahan dia menaip, "Two Weeks Notice Resignation,"

Pesan isterinya berlingkar di kepala, "walau apa kita buat, biar Allah redha. Dari situ, berkatnya bertambah dari arah yang kita tidak ketahui,"

***

Encik Badrul membuka sampul di atas mejanya. Jelas tertera namanya, dikoyakkan perlahan-lahan dan dibuka lipatan surat untuk mengetahui isi surat itu.

"Two Weeks Resignation Notice" benar-benar menggamit perhatian Encik Badrul, "Awak sudah fikir masak-masak Kid? Ada masanya awak perlu berpijak pada realiti, bukan sekadar menjunjung idealisme yang tinggi menjulang," 

Akid tunduk. "Saya juga sudah siapkan projek yang Encik Badrol berikan." Encik Badrul termangu sebentar, wajahnya berkerut sedikit dan sejeda kemudian dia mula perasan dua keping kertas yang diterbalikkan atas mejanya. "Maafkan saya kerana tidak mengikuti spesifikasi yang dimahukan klien, cuma saya jelas hala tuju dan kerja saya Encik Badrul - tambah pula yang memberi rezeki itu bukannya klien, bukan juga Encik Badrul, tetapi Allah. Allah itu indah Encik Badrul, dan Dia sukakan keindahan,"

Encik Badrul terpinga ditinggalkan. Dia masih lagi memandang karya indah hasil ciptaan pereka muda itu. Benar, pengalaman 20 tahunnya ditundukkan oleh seorang anak muda yang basah fikirannya dengan ilham segar daripada Allah. Encik Badrul jadi insaf.

Di atas kertas itu imej sebuah kereta dibentuk daripada kumbang kura-kura atau ladybug diletakkan dalam posisi yang menarik berlatarbelakangkan alam dengan warna yang dikelabukan. "imej wanita berpakaian merah - ladybugs. Genius!" Terpapar satu tagline di bawah imej tersebut - "Our Earth does not need luck, it needs this."

[klik imej untuk sumber]
Encik Badrul menyelak helai kertas tersebut dan membaca deskripsi yang dikemukakan, "Kumbang kura-kura atau ladybug sering dikaitkan dengan tuah - malah di Turki ia dinamakan uğur böceği yang bermakna 'kumbang nasib baik'. Dalam banyak tradisi pula di Eropah seperti Yahudi atau Yiddish, Polish, Romania, dan Belanda ia dikaitkan secara langsung dengan Tuhan sebagai serangga pilihan-Nya. Di Amerika Syarikat, terdapat kepercayaan bahawa adalah bernasib buruk untuk membunuh serangga tersebut maka sebuah lagu kanak-kanak dicipta untuk menghalau serangga tersebut, bertajuk ladybird, ladybird.



Memandangkan model ini mesra alam dengan fungsi hibridnya dan juga tahan lasak daripada kemalangan, maka imej kumbang kura-kura dipilih lantaran imejnya yang bersih, malah dekat pula dengan Tuhan dalam banyak tradisi. Bukankah ini yang bumi kita perlukan? Dekatnya dengan Tuhan.

Bukankah Allah itu indah dan sukakan keindahan?"

Encik Badrul mula perasan, sekeping kad urusan dikelipkan bersama helaian kedua. Tertera di atasnya:

Akid Iman
Designcipta Imani Sdn. Bhd

Pantas, Encik Badrul menguak pintu pejabatnya. Mujur, Akid Iman masih di petak kubikelnya meluru keluar bersama kotak yang sarat dengan kepunyaannya.

"Akid jangan pergi. Saya tawarkan kenaikan gaji." Encik Badrul meluru, pedulikan ego seorang majikan. Pekerjanya yang ini pasti terlalu berharga untuk dilepaskan.

"Terima kasih Encik Badrul tetapi maaf. Saya sudah buat keputusan. Yes, it could be either my choice or yours, but it's always Allah who decides,"

Akid Iman melangkah keluar penuh yakin. Hari esok pasti memberi harapan baru sepertimana suria terbit menyalakan inspirasi. 

Dan, dia yakin, Allah Tuhannya pasti bersamanya! 

Tuesday, November 20, 2012

Hari Dua DC

Hari kedua di Washington DC.










Bersiar-siar, menggelintar jejak iluminati ( konon, sambil tergelak sakan dan terkenang-kenang isi madah Architecture History 201)




Meredah pameran demi pameran di museum-museum Smithsonian yang maha banyak, dan menarik. Hingga sumpah naik perit rasa di tumit.




Perit yang puas mungkin,walau di hujungnya lelah sudah tidak terangkul di bahu.







Dan makan malam enak atas budi pegawai kedutaan, en Azam.







Indah. Alhamdulillah






Gambar paling DC-ish mungkin?




"Budak kecil" selalu hilang barang. Suatu sarkasme diiring fakta.






I blog with BE Write

Thursday, November 15, 2012

Plan of Action

I woke up yesterday's morning to a timeline full of news about my brothers and sisters in Palestine.

Again, they were bombed cowardly by the Israeli regime. According to Israeli's sources the siege is a retaliation from the 115 missiles that have been launched to Israel so-called territory and wounded and killed some of Palestinians and Israelis.

People might think HAMAS is a militant group that has always put its people of Gaza in danger. And people might think that Israel has a right to defense herself from being attacked.

Pish posh. Israel has been built up illegally, existed out of the blue and has been oppressing the Palestinian ever since. Resolutions by resolutions had been signed by UN to force Israel from expanding her territory and abide by the 1967 border was never been fulfilled and thanks to United States who has been relentlessly  backing up Israel no further actions are taken (except a few wars in 1948 and 1967).

This semester, I am taking Hebrew Bible and it has given me insights of how the Israelis (read: the Zionist Jews) perceive occupation. It is told in their Bible when Lord Yahweh ordered them to enter the Land of Canaanite - led by Josiah in the Book of Josiah - destruction has been made (although there are contradictions on how this infiltration occur, but let us leave it here). Maybe, they equate this to the situation that they are having right now, just that their Lord Yahweh has never made any prophet (since they deny Jesus p.b.u.h and Muhammad p.b.u.h) to lead them entering the Holy Land.

So, if a nation has been occupied, what should you do? Run away and do nothing or you fight back to gain you right? Islam has put a high value in defending country - and those who died fighting are granted martyrdom, the highest status of death one could ever had. This, the right and obligation of defending a country is what has been the motivation of fellow Palestinians to stay put and fight back. Be death the result.

So does nationalities and borders put borders in fellow Muslims' hearts too? How are we supposed to help? Should we just lament and wait for the Messiah to come and save us all and put Islam where it belongs?

I say no.

Do whatever you can to help this cause. You may not have the mean to go to Palestine and fight along side, but do pray for them - and in order for your pray to be accepted, do watch what you ear and wear, because Allah would not accept prayers from those who eat and wear from haram source. Contribute your money or energy or time to help our brothers and sisters or to educate our other brothers and sisters.

Do be consistent. Show that we are against oppression in any part of the world. Be it on Buddhist as in Tibet, or in the name of race as it was in South Africa. Islam promotes justice for all, not just for our kind. Be informed.

Do boycott - McDonald's, Starbucks. Yes, this is not as much as all the islamic nations in OPAC boycott and ban the trade of oil but that's is what we, normal people can do. It may seem little collectively but in the eyes of God, he will grant you for your effort. Until our leaders come to their senses to realize that we do have dignity and power, we do what we can.

Do build yourself, and build the selves around you. Victory is near, and this is the promise of Allah but have we truly deserve it? Join usrah or any other means that you feel can bring the collective amount of people, be it Muslims or Non-Muslims to principle of justice and mercy. Isn't Prophet Muhammad and his message i.e Islam is the mercy to the universe?

Lastly, again do pray. People might think that invocation no longer help. What we need is strong Islamic political interference and sturdy economic control - but pray is the obligation to God. Showing that we, regardless of our free will and effort, we still face Him and hope and ask from Him the Al-Samad, the absolute.

Life is fragile. In a way, our brothers and sisters in Palestine are fortunate, they die with heaven waiting upon their martyrdom.

We? What do we have?