Tak ramai yang suka membaca tulisan yang panjang sekarang. Dengan kewujudan micro-blogging, "screen-shots", komunikasi idea jadi lebih mudah.
Hasilnya, menulis pun jadi payah, apatah lagi kalau perlu idea yang tersusun dan rujukan yang tepat. Sebabnya, diri sendiri yang menulis pun tidak pasti akan membaca esei sepanjang perkara yang ingin ditulis.
Tidak mengapalah ruang penulisan ini jadi satu ruang sepi, yang hanya akan disinggahi mereka yang mahu.
Kalau orang-orang haraki, mereka gelar ini "tapisan". Iyalah, hidup ini secara lumrahnya menapis-napis, tambahan lagi observasi Darwin bahawa "survival of the fittest" ialah cara alam memilih.
Tidak, sebenarnya alam tidak memilih. Alam tiada lain patuh akan perintah Tuhannya juga, dalam paksa mahupun rela.
Manusia yang selalunya memilih - dan mampu memilih.