Kelas-kelas untuk minor dalam pengajian "Religious Studies" tidak banyak. Sepanjang pengajian saya hanya sempat menduduki dua kelas mengenai Islam dan Tamadunnya, selebihnya - dalam tiga kelas mungkin - adalah mengenai Kristianiti.
Kenapa saya memilih minor tersebut? Banyak sebab mungkin, 1) ada seorang penceramah muslim daripada Hollywood (penulis skrip, peguam dan juga pelajar pengajian agama) seakan-akan memberi idea, 2) Juana Jaafar 3) memang saya minat, 4) kelas falsafah banyak bercakap, jadi saya kurang selesa (inferiority complex). Haha.
Tetapi kenapa saya terus tegar menduduki kelas-kelas tersebut mungkin kerana suasananya. Menariknya di dalam kelas, para professor tidak memilih buku atau bahan (ya, kami tonton filem dalam kelas) hanya kerana ia selari dengan ideologi mereka, tetapi kerana mereka tahu dan yakin, bahawa idea penulis/pengkarya itu boleh diletakkan di tengah-tengah kelas, dan diasak, dibincang hingga lunyai.
Ya, tidak pernah ada sesi yang tamat dengan persetujuan semua - kerana manusia berhak mempunyai pendapat dan latar belakang yang berbeza, dan corak pemikiran yang berbeza selalunya menuju kepada kepelbagaian pendapat.
Dan itu tidak mengapa - malah para professor tersebut lebih gembira jika kami mampu berfikir dan berbincang sesama kami.
Selalunya zahir kerana nama "Muhammad" lebih dari cukup untuk memperihalkan "keislaman" saya.
Memang biasa. Saya selalunya akan menjadi "the only muslim guy in class".Tetapi tidak pernah ada hostiliti dalam kelas. Walaupun saya jarang bercakap, tetapi dalam sesi perjumpaan dengan professor-professor mereka sangat membantu dan menyambut baik idea-idea saya.
Entah, kalau Muhyiddin rasa terkejut kenapa prestasi pendidikan kita begitu merosot, mungkin kita boleh bermula di situ.
Di Malaysia, sedihnya, idea menjadi satu alat pencetus paranoia. Banyak di antara kita berpendapat bahawa cara yang paling efektif ialah untuk menyekat kemaraan idea dengan undang-undang dan penguatkuasaan. Idea-idea daripada buku-buku yang "tidak selari" dengan norma-norma yang ditetapkan biasanya akan dihalang penyebarannya secara fizikal.
Hasilnya idea itu semakin berkembang, apatah lagi dengan maklumat di hujung jari. Mungkin kadang-kadang bukan kerana idea itu sendiri tetapi kerana manusia makhluk empati. Ada prejudis, ada sangkaan.
Hasilnya masyarakat lebih selesa disogokkan dengan pendapat. Yang dikisahkan ialah ya atau tidak, boleh atau tidak, halal atau haram. Konteks yang selalunya meriah dengan pelbagai citra diendahkan, kerana, "buat apa nak susahkan otak."
Mungkin betul. Mungkin lebih baik jangan susahkan diri.
Yang jadi payah apabila kita sebagai negara dan masyarakat - atau kalau mahu dipanjangkan lagi - sebagai satu ummah gagal untuk membentuk identiti kita sendiri. Banyak bergantung kepada tradisi dan norma.
Kemalasan berfikir membawa kepada kecelaruan identiti. Mungkin boleh dipendam-pendam, tetapi secara batinnya kita tiada beza dengan robot yang diprogram - robot yang akan lulus Turing's Test.
Tahniah.

No comments:
Post a Comment