Wednesday, July 15, 2015

Wall Street Journal dan #SayaZahra

Banyak sangat isu yang berlaku kebelakangan ini - sampai saya jadi runsing nak beri pendapat. Eh tapi bukan orang tanya pun, betul tak? Tak payahlah  nak kisah-kisah beri pendapat.


Haha. Tetapi sebab ini ialah blog saya, dan saya yang tulis, maka saya nukilkan juga. Sebab, mengapa tidak?

1MDB, WSJ dan Penyelewengan Najib Razak.

Ah, ini kena komen ke? Baiklah. WSJ tu majalah ekonomi  terkemuka. Dan bagi yang pro-pembangkang, atau pro-Kerajaan yang tidak menyukai kepimpinan Najib Razak, ini memang satu berita gembira.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua,"

Tetapi memandangkan isu ini masih dalam siasatan - saya mengharapkan pihak yang menyiasat berlaku jujur. Bukan calang-calang. Ini hampir RM 2 billion masuk ke akaun PERIBADI tertuduh. WSJ sudah keluarkan di Internet dokumen-dokumen yang menjadi bukti mereka. Tidak kisahlah kalau wang yang digunankan untuk tujuan bukan peribadi, ia masih lagi salah. Tetapi yang tertuduh sudah (1) menafikan beliau menerima duit tersebut; (2) mengatakan siasatan akan dilakukan ialah jika ada salah guna dana untuk kepentingan peribadi. Pernyataan no. 2 bahaya sebenarnya kerana beliah seolah-olah mengatakan bahawa dia ADA MENERIMA duit tersebut, tetapi tidak digunakan untuk kepentingan peribadi (?). Ah tetapi bukan saya pun yang mengeluarkan teori ini, media alternatif dah lama pusingkan.

Kemudian isu akaun Rosmah --ala, malaslah.

Saya setuju dengan Ust Haron Din, seseorang tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah. Maka sebagai rakyat marhaen yang kaitannya dengan kes ini tiadalah beza dengan kaitan keracunan merkuri di Laut Artik bagi ikan yang tinggal di Teluk Mexico, saya berharaplah pihak berkuasa yang menyiasat berlaku jujur dan adil.

Soal ketirisan pemimpin ini memang benda berat. Lagi berat daripada kes curi telefon pintar di Low Yat


#SayaZahra

disklaimer: Saya taklah dengar habis video dia. Beberapa minit dengar orang mengeluh tak habis-habis pasal nasib dia bukanlah sesuatu yang idea. Tiada fakta melainkan pengalaman dan sentimen peribadi.

Tetapi saya faham. Ramai yang melarat. Betul dia kesian. Tetapi bukan tiada jalan penyelesaiannya. Entahlah jika kisah hidup dia yang konon "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" tidak diceritakan, atau kisah di hujung bulan dia terpaksa naik kenderaan awam dan malu; mungkin rayuannya lebih bermakna.

Tetapi apa yang disampaikan ialah apa yang dia alami. 23, dengan ijazah yang tak diiktiraf, keluarga punya kereta untuk dipinjamkan saya rasa dia okay. Dia bimbang keterlaluan. Ah, 23 tidak punya kereta mahupun rumah itu perkara biasa - dan wajar. Jadi harus tekun berusaha dan sabar.

Apa yang saya tidak puas hati ialah rayuannya yang berbaur kemelayuan. Saya penat sebenarnya jadi bangsa yang "entitled" ini. Kita seolah-olah bergantungharap kepada kerajaan untuk "melebih-lebih"kan kita.

Saya pernah jumpa bangsa Cina dan India yang lebih melarat - kenapa tiada bantuan diberikan? Saya percaya, bantuan berasaskan bangsa perlu dikurangkan secara berperingkat (dan sangatlah tidak membantu apabila melalui sistem merit, walau daripada golongan berada turut diberikan bantuan), dan ditumpukan untuk mereka yang betul-betul susah, tanpa mengira bangsa.

Itu Malaysia yang saya mahu.


No comments:

Post a Comment