Dalam hidup ini, antara perkara yang paling saya cuba untuk elakkan, ialah buat keputusan.
Tetapi ia memang tidak dapat dielakkan - sebab kehidupan ialah mengenai keputusan.
Keputusan yang kita ambil, dan bagaimana kita putuskan, - dan untuk apa kita putuskan.
Nak
shopping di KLCC pun perlu buat keputusan, nak makan di kedai mamak nak
order apa pun perlu buat keputusan. Nak sokong
team bola sepak mana untuk EPL ke, FIFA
World Cup ke pun perlukan keputusan kita.
Contoh-contoh yang saya berikan mungkin agak trivial dan enteng, tetapi itulah kehidupan. Daripada sekecil-kecil perkara, hinggalah sebesar-besar punya perkara perlukan keputusan dari kita.
Dan baru-baru ini saya buat keputusan yang amat besar, yang melibatkan masa depan saya, keluarga, isteri dan anak-anak (cheh).
Tidak, saya bukan mahu bertunang apatah lagi bernikah.
Saya (nak) tukar
major (dan dalam proses)
***
Kalau ada yang ikut blog saya nih (hah, selalunya yang ikut pun kawan-kawan saya sahaja, bukannya blogger hebat pon. Lalala~) mesti ramai yang sedia maklum yang saya mahu maju jadi ahli fizik - macam Albert Einstein, Stephen Hawkin, Michio Kaku, dan Asif Hasbullah (to be). Tetapi, keputusan itu bukanlah keputusan yang jalannya mudah dan senang ditempuh, banyak cabaran dan macam-macam lagi. Sehinggalah minggu pertama saya di Penn State University (keputusan genting ini dibuat sewaktu ifthar di Washington DC), saya memutuskan saya ingin bertukar major.
Jadi major apa yang saya pilih? Bukan Biology, bukan philosophy, apatah lagi ulumul Quran dan Hadith. Saya pilih Geosains.
Musyawarah
Saya tidak buat melulu perkara ini. Saya sampaikan hajat saya kepada senior saya yang merupakan lulusan Kejuruteraan Petroleum dan Gas. Kami membincangkan mengenai prospek kerjaya, dan sebagainya.
|
mahu kaji alam - bukan satu cara sahaja. Gambar curi dari sini |
Tambahan lagi, saya amat bermasalah dengan matematik (sebab utama saya mahu bertukar major) dan tidak mahu tahun-tahun saya di Penn State sibuk dengan latihan matematik dan runsing memikirkan hanya itu sahaja. Saya berbincang pula dengan senior major fizik saya di Penn State yang sedang dalam tahun senior dan bakal graduate tahun depan. Beliau menyatakan kesusahan-kesusahan yang penuh onak dan duri untuk menghabiskan major fizik - dengan prospek kerja yang tidak menentu.
Saya berfikir panjang. Adakah ini yang saya mahukan? Atau saya korbankan impian untuk perjalanan masa depan yang lebih terancang? (insyaAllah!!!) Status saya sebagai anak sulung, sudah tentu memerlukan saya untuk menyara adik-adik saya kelak. Siapa lagi bukan?
Soal minat? Perkara itu bercambah sewaktu saya bekerja di Petrosains KLCC. (saya sebut dalam temuduga bersama penasihat kursus Geosains di Penn State, dia jawab, "Wow, that's good" ) Memanglah kami banyak mengkaji batu dan sebagainya, tetapi sebenarnya ia menarik, memikirkan apa-apa yang kita boleh dapat hanya dengan mengkaji batu dan tanah.
Istikharah
Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya” (hadith riwayat Bukhari)
Alhamdulillah, saya muslim. Dan saya diajar bagaimana untuk menguruskan keputusan. Jadi saya solat sunat istikharah mohon petunjuk, agar Allah dipermudahkan.
Tetapi saya tidaklah bermimpi korek-korek tanah jumpa emas ke, ataupun saya jadi seorang geosaintis dengan gaji $60 000
sebulan. Cukuplah dengan saya rasa tenang dengan keputusan saya. Maka saya teruskan usaha saya untuk bertukar
major.
Usaha
Bertukar
major bukanlah perkara senang. Pertama sekali, saya memohon restu ibu dan ayah saya terlebih dahulu - baru berkat. Kemudian saya teruskan dengan memaklumkan kepada penaja saya, dan dalam masa yang sama, menghubungi senior saya untuk meminta tips-tips cemerlang tukar
major. Dalam masa yang sama, saya uruskan hal-hal dengan pihak universiti, mengenai subjek-subjek, jumpa penasihat itu dan ini dan sebagainya. (Cuma saya rasa sedikit kasihan dengan penasihat fizik saya, setelah bertungkus-lumus menerangkan
expectation bagi
major fizik - yang bagi saya menakutkan - saya jawab,
"How do I change my major?")
Dan sekarang, permohonan saya untuk bertukar secara rasmi ditolak oleh pihak universiti, sehinggalah saya mampu mendapatkan 2.0 GPA di Penn State bagi semester ini (insyaAllah) baru kemudian saya ditukarkan ke
major Geosains. Walau bagaimanapun, lampu hijau hanya mampu diberikan oleh JPA. Sehingga itu, saya masih lagi terumbang-ambing bagai kapal dilambung ombak (haha, ini tipu).
Tawakkal
Alhamdulillah. Saya gembira sebenarnya setakat ini. Saya sudah hampir-hampir pasti akan bertukar
major insyaAllah tanpa sebarang penyesalan.
|
Promote sikit. |
Saya pandang diri saya seperti ini: Saya suka sajak, dan baca sajak - macam Hanif Zikri yang suka lepak-lepak di
Tepianmuara - tetapi saya tahu saya tiada bakat. Jadi saya suka sajak, tetapi saya tak nak tulis sajak sebab saya tak mampu. Macam saya nak main bola macam Messi, tetapi saya tak mampu (haha, jangan kata Messi, nak main macam budak wakil sekolah Kampung Codiang pun tak mampu) jadi saya pun... errr.. suka tengok bola? taklah. :/
Jadi begitulah, saya dan fizik. Mungkin tiada jodoh.Wallahua'lam.
Geosains
Sebenarnya, dah panjang dah tulis ini, jadi kita tangguhkanlah untuk bincang mengenai Geosains.
Nanti-nantilah, insyaAllah :)
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(ali Imran, 3:190-191)
Moga sahaja kita tergolong. Amin.