Wednesday, September 21, 2011

Apabila terbiasa.

Sudah lebih sebulan di negara orang.

Macam-macam dah rasa - dalam tempoh sekejap. Dari homeless ke ada rumah. Allah sahaja yang tahu bagaimana kerisauan itu hadir, bertimpa-timpa.

Tetapi Alhamdulillah, masa memberi ruang dan peluang. Sedikit demi sedikit, kami bertatih mencari rentak - memenuhi situasi kewangan, menghadiri kelas, pengorbanan bangun awal pagi untuk berjalan kaki sehingga ke kelas.

Segala-galanya, jadi alah bisa tegal biasa.

Dan itulah timbul masalahnya. Penyakit manusia - apabila kesenangan menyapa, jauh berlari daripada Allah.Seakan-akan lupa - seolah-olah jahil - bahawa semuanya itu datang daripada Allah jua.

Benarlah. Kesenangan itu lebih mengancam jiwa ruhani daripada kesusahan.

Yang baik ditinggal-tinggalkan, yang sunat dijauh-jauhkan. Nantikan kalau kesusahan menimpa baru tersungkur di bumi Allah meminta darripada-Nya.

Saya pesan pada diri, jangan jadi Haman.

Ikut resmi padi - yang tunduk apabila lebih terisi - tunduk kepada kebenaran, tunduk kepada keputusan.

Saya pesan pada diri, ingat Allah di waktu senang, agar Allah ingat engkau di waktu susah.

Tetapi, hati yang kontang perlukan masa - dan curahan hidayah. Benih pon tidakkan terus ria membunga dan membuah tanpa tanah yang subur.

Biarlah sebanyak mana benih tarbiyyah cuba disemai, tetapi jika hati itu kontang tidak tercurah, dan dikerja dengan penuh mujahadah, benih tetap akan jadi benih.

Tidak ada bunga iman yang menenteramkan. Tidak ada buah keikhlasan yang memaniskan.

Allah, semoga diberi kekuatan.

1 comment:

  1. Salam Syazwan.

    Abang berani katakan, orang yang belajar di rantauan sekurang-kurangnya 50% lebih independent daripada yang belajar dalam negara.

    Daripada segi perancangan hidup harian, keperluan MEMILIH keputusan, pengurusan perbelanjaan dan ketidakbergantungan kepada sistem.

    Tapi sampai satu masa,bila everything fits in place,bahaya sebenar akan muncul.

    Sedih masa evakuasi pertama pelajar Syria baru-baru,ada sekitar 3,4 orang menggendong gitar baru (yang mungkin lebih murah kat sini) dibanding orang lain yang menggendong kitab.

    Hidup tidak terhimpit pada membuat keputusan, tapi sentiasa terbuka untuk membuat pilihan.

    Jangan jadi beruk yang dibuai selesa!

    ReplyDelete