WTC : 9/11 |
Soal saya percaya atau tidak, atau anda percaya atau tidak; siapa punya angkara semua ini; benarkah illuminati dan freemason merancang komplot mega ini; atau adakah Islam mendapat manfaat daripada ini - ini semua saya tidak mahu bincangkan.
Semua berlaku bukan secara kebetulan, sudah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap detik yang telah, bakal dan sedang berlaku. Bedar kehidupan ini bukanlah satu perjalanan spontan tanpa tujuan - Allah lebih mengetahui, dan kita sendiri perlu kupas hikmah yang tersembunyi.
Kadang-kadang mengejutkan, betapa manusia hanya mampu menghargai kehidupan apabila disapa kematian - atau ancaman kematian.
Menyedihkan, tetapi manusia perlu disedarkan. 9/11 mengajar kita bahawa nyawa manusia sentiasa berharga, dan potensinya tidak terbatas. Jadi, pembunuhan yang tidak berasas - lagi-lagi orang yang tidak bersalah - adalah satu pencabulan kepada prinsip universal ini, biarpun atas nama membalas dendam, apatah lagi atas nama islam. Perkara ini perlu diambil perhatian bahawa, walau di mana sahaja, prinsip ini sentiasa terpakai. Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin ialah satu pencabulan dan keganasan; Kekejaman Tentera siam Thailand terhadap rakyat Pattani juga satu pencabulan dan keganasan. Masyarakat dunia harus belajar untuk empati agar apabila terkena batang hidung sendiri barulah tidak menyesal.
Kita lihat respon yang luar biasa daripada masyarakat dunia selepas 9/11 - dan ini digembar-gemburkan pula oleh media - maka islam dilabel dan distereotaipkan dengan keganasan. Islamophobic jadi semacam satu dogma masyarakat dunia.Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, peristiwa ini menimbulkan semacam rasa ingin tahu, terutama kepada masyarakat barat, untuk mengkaji islam. Maka, kita lihat kadar pertukaran agama kembali kepada islam (reversion) sangat tinggi terutama di negara barat.
Saya berkesempatan semalam untuk menghadiri talk for peace, yang dianjurkan oleh Quaker Meeting House di State College. Mengungkap kembali apa yang disampaikan oleh MC semalam, seorang wanita african-american:
"Our leaders responded to it (9/11) with wars, but some of us responded to it with peace. And today we bring the new faces of the respond to peace"
Apa yang istimewanya? Acara itu menghimpunkan, orang yahudi, kristian dan islam di bawah satu bumbung - atas nama keamanan. Acara dimulakan dengan potluck yang dilabel masing-masing vegan food (untuk vegetarian), Halal, Kosher (halal versi yahudi) dan sebagainya untuk memudahkan masyarakat yang hadir. Selepas itu, kami berkumpul dan mendengar cerita-cerita atas nama keamanan daripada tradisi agama masing-masing. Dan kami beramah-ramah. Tiada unsur islamophobic. tiada sentimen anti-semitic. Semuanya dilupakan.
9/11 bukanlah hari kesedihan semata-mata. Saya kagum, dengan prinsip pay it forward dan malu kerana ia bukanlah datang daripada orang islam sendiri (baca: tindakan orang islam). Setiap tahun, New York Firefighters akan membalas jasa dunia yang membantu mereka sewaktu 9/11 dulu. Mereka akan pergi ke tempat-tempat yang memerlukan untuk menghulurkan bantuan. Semangat Pay it Forward disemadikan dalam diri masing-masing.
Kemudian saya membuka komen-komen di Youtube terhadap video-video tribut terhadap 9/11. Sedih apabila ada yang secara membuta-tuli mengaitkan keganasan tersebut dengan Islam, dan rasa sedikit terharu apabila ada yang sedar akan keganasan yang pemimpin mereka lakukan terhadap rakyat negara lain.
Bush mungkin mewakili Amerika, tetapi dia tidak mewakili hati dan jiwa rakyat Amerika. Mungkin mereka kabur dengan dunia luar apatah lagi hedonisme yang gila membadai mereka.
Saya jadi terkilan apabila ada yang bersorak-sorak ketika 9/11 di ruangan maya. Kehilangan nyawa bukanlah sesuatu yang perlu disorak, walaupun ia tidak melibatkan kita. Saya faham akan penderitaan Palestin, Kashmir, Chechnya, dan lain-lain lagi Tetapi adakah kita mahu jadi sekejam Yahudi Zionis yang ligat menghentam rakyat Palestin, menyumbu genocide kejam yang dunia saksikan setelah mereka juga alami perkara yang hampir sama sewaktu Hitler melaksanakan Holocaust dahulu?
Lihatlah kebaikan Nabi Muhammad SAW sewaktu Fath Mekah. Adakah dia membunuh dan menyeksa semua yang pernah menyeksanya dan para sahabat sewaktu ketika dahulu?
Tidak.
Kerana itu bukan islam. Kemaafan dan keamanan itulah Islam yang sebenar-benarnya.
***
Lewat sikit malam semalam, ibu saya menelefon daripada Malaysia, minta ditunaikan solat hajat. Hati saya mula gelisah.
Pakcik saya, Ayah Id, telah didiagnoskan dengan kanser di pelipat betisnya. Alhamdulillah, masih di peringkat awal, localized, tiada chemoterapi dan rawatan radiasi diperlukan. Hanya pembedahan untuk membuang sel-sel tumor tersebut agar tidak merebak, dan berharap agar ia tidak berulang.
Suara saya pecah-pecah sewaktu mendengar kata-kata ibu yang sudahpun menangis. Pakcik saya tersebut dan keluarganya amat baik kepada kami sekeluarga. Ayah Id dan Acik (isterinya) sudah menjadi ibu dan ayah kedua buat saya.
It hurts. It hurts when you can't be there with you loved ones in times of need.
Inilah jihad saya di Bumi Amerika...
Dan Alhamdulillah, baru sebentar ibu menelefon bahawa Ayah Id dalam keadaan stabil. Saya doakan agar beliau cepat sembuh. Syafahullah. amin.
Doa dari bumi di sebelah sini ye Wan.InsyaAllah,semuanya terletak kepada Dia untuk melepaskan kita dari beratnya hati dan solusi kepada semua yang melanda diri orang yg kita sayangi.Cheer up! :)
ReplyDeleteica: amin. InsyaAllah, hanya itulah sahaja yang mampu dibuatkan.
ReplyDelete:)
u need to edit those cogito ergo sum
ReplyDeleteman
raj: Setel dah :)
ReplyDeleteMoga kuat wan di sana..Jihad jangan putus asa.
ReplyDeleteSetuju dengan kau punya perspektif pasal 9/11.
Haah. Baru sedar cogito kau dah di 'edit'. Apa-apa pun, kita masih dalam geng yang sama. :D