Tuesday, January 10, 2012

Entri tidak Berhulu, tidak pula Bermuara

Saya mahu menulis mengenai kembara saya dan rakan-rakan ke Sin City Las Vegas, tapi masih belum berjumpa intisari yang menarik. Jadi saya tangguhkan dulu.

Hehe.

Ada isu lagi besar di negara tercinta, Malaysia. Apabila Mahkamah Tinggi mengumumkan ketidakbersalahan Anwar Ibrahim - saya tidak beberapa terkejut.

Mengenangkan revolusi Bersih 2.0 dan kebangkitan Mahasiswa, kita menyaksikan kebangkitan rakyat terhadap Kerajaan, dan ini membuatkan, serasa saya kegerunan dalam jiwa-jiwa "ahli" kerajaan. Maklumlah PRU-13.

Usaha-usaha penerusan politik kotor sebegini memang meluatkan. Rakyat meluat, yang suka hanyalah "troopers" yang mengabdikan diri mereka untuk menyemarakkan api pembohongan dan persengkataan. Saya tidak menyalahkan mana-mana parti, yang makan cili dialah terasa pedasnya.

Come On. Let's move on.


Saya menanti Malaysia memasuki fasa baru landskap politik. Fasa di mana ahli Politik bertanding bukan pada memburukkan nama dan rupa, tetapi dinilai pada prestasi dan integriti.

Dan sudah tentulah, pada fakta yang sahih!

Saya kadang-kadang tergoyah juga dengan propaganda yang cuba disebarkan, namun syukurlah dengan adanya media alternatif. Sekurang-kurangnya kita punya akses kepada "vantage point" yang lain dan dengan daya intelektual Pasca DEB kita, kita boleh menilai yang mana harus percaya.

Atau tidak ambil kisah. Terpulanglah.

Dalam kes Anwar Ibrahim. Memang saya tidak punya fakta. Tetapi saya percaya perilaku seseorang akan memberi kesan kepada orang-orang disekelilingnya.

Saya melihat keluarga Anwar Ibrahim. Kentalnya Dr. Wan Azizah dan keluarganya, yang menjaga tata tertib dan susila keluarga islam. Klik sini.

Saya melihat - bermati-matian ulama' dalam Parti Islam, dan juga sehingga Yusuf Al-Qardhawi memberi sokongan kepada Anwar.

Sama ada ini kebenaran, atau Anwar seorang penipu yang maha Hebat.

Serius saya cakap, I have nothing against government. Saya bersyukur apabila kerajaan sekarang mengambil berat untuk memajukan negara selepas kita dijajah oleh negara-negara barat yang menyebabkan kita hilang identiti dan keyakinan suatu masa dahulu.

Tetapi saya sedih dalam kesibukan mereka memajukan negara, mereka memandang ringan korupsi dan kepincangan integriti. Mereka memandang ringan pembangunan insani dan membiarkan minda rakyat terus dijajah dan dijarah oleh Barat melalui pendukung-pendukung hedonis dan materialis.

Sehinggakan ada rakyat yang jadi allergik dengan agama kerana takut dikaitkan dengan politik. Allergik dengan agama kerana takut dipasirkan periuk nasi mereka. Allergik dengan politik kerana ia kotor.

Hanya fokus ekonomi, negara akan selamat - ini fahaman dangkal yang lahir daripada ketidakcekapan manusia mentadbir urusan agama dan menjustifikasikan politik untuk kepentingan.

Sedangkan kita dahulu bangga dan maju dengan Islam - menaungi hampir separuh Asia Tenggara. Dan sekarang, kita kehilangan rasa itu dan hanya berpaut padanya untuk menimbulkan rasa yang artifisial.

Ini suatu keruncingan - moral dan spiritual.

I have nothing against government but I have everything against unfairness, injustice, corruption, and any mundane ideology.


Solusi? Masih ada harapan, saya percaya. Kerana Allah berjanji akan memelihara agama-Nya, cuma kitalah, kitalah yang harus memilih untuk menjadi golongan yang memperjuangankannya atau tidak.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Al-Maidah, 54

Apa kaitannya Islam dan negara?

Banyak kaitannya, jika tidak Islam tidak menganjurkan mempertahankan negara sebagai satu usaha jihad dan terkorban melaksanakannya sebagai mati syahid. Islam meraikan negara sebagai satu platform untuk keamanan dan keadilan disebarluas. Oleh sebab itulah Islam amat mementingkan pengurusan dan pentadbiran dan mencela korupsi (atau bahasa islamiknya tidak amanah), kezaliman, dan penindasan sebagai satu dosa. Baik kepada sesama muslim atau non-muslim.

Islam memerlukan tenaga-tenaga untuk mencapai misinya kerana walau Allah punya kuasa untuk menjadikan semuanya baik-baik belaka tetapi Allah tidak melaksanakannya. Bukan kerana Allah tidak adil, tetapi kerana hidup ini ialah ujian semata, dan keputusannya kelak akan kita dapat di Akhirat. Kerana manusia ini punya tujuan dan hala tuju.

Dan usaha besar ini untuk melihat Islam di puncak harus bermula dengan setiap jiwa. Kita tidak mahu mengumpulkan tin-tin kosong yang diketuk sekampung dengar tetapi isinya tiada. Untuk memperoleh kemenangan yang Allah janjikan, kita harus lebih dahulu menjadi manusia yang Allah perintahkan.

Setiap perubahan itu bermula dari diri - dan haruslah disampaikan kepada yang lain, kerana ini tanggungjawab.

Macam MLM lah.

Perjuangan perlu diteruskan dan ia tidak akan pernah terhenti.

Moga Allah tetapkan hati-hati ini atas jalan-Nya.

3 comments:

  1. "being against the government does not make me part of the opposition"

    :)

    semoga ada sinar untuk generasi anak-anak kita nanti, mengamalkan ekonomi, politik, dan segala aspek kehidupan dengan cara rasulullah.

    kata Rumi,
    "yesterday i was clever, i wanted to change the world. today i am wise, i decide to change myself"

    wan, lets!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Kak Aisyah.

    Sama-samalah kita struggle.

    For the unknown yet better future, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. oh man.kena buat demo ni supaya tulis pasal journey to the west.. :0

    ReplyDelete