Sunday, February 26, 2012

State Patty's Day

Hujung minggu ini ialah State Patty's Dat. Saya dapat tahu State Patty's day ialah untuk di State College sahaja, diadakan dua minggu sebelum St. Patrick's Day - yang disambut oleh Bangsa Irish sejak 1000 tahun lampau untuk meningkatkan ibadah mereka dengan pergi ke Gereja atau menahan diri dengan 'puasa' daripada minum arak semualah.


Dan ini sangat ironik, kerana State Patty's Day is about alcohol dan partying - church is excluded. Jadi banyak manusia di State College ini pun berpakaian hijau dan berparteyyyy sejak malam jumaat (friday, friday - fun, fun fun- Rebecca Black) sehinggalah hari ahad ini.

Memandangkan semalam saya terpaksa keluar sebab untuk menghadiri Pot Luck di campus anjuran Malaysian Students Club, jadi berkesempatanlah melihat manusia terkinja sana-sini di downtown.

Malah, sewaktu Pot Luck, ada pula beberapa mat saleh yang menawarkan diri untuk menari, ada yang tak berbaju, atas meja - ala, macam di bar-bar sambil kami bertepuk-tepuk tangan meraikannya.

OK. Ada yang berlepas dirilah dari itu semua, tetapi ada juga yang turut serta... nasib baik . *Mengeluh sebentar

Saya tak tahu apa sebenarnya State Patty dan kaitannya dengan State Patty's Day sehinggalah saya melakukan sedikit ujian selidik.

Terkejut sebenarnya apabila hari perayaan agama dicemarkan sehingga ke tahap ini.

Naudzubillah min Dzalik

Yang menariknya, hari Jumaat, Professor Brockopp dalam kelas Muhammad and Quran, mengingatkan sebelum kelas berakhir, "In case you don't know I have a few Suras (Surah) for you to study. So, let us make State College more than State Patty's Day this weekend"


P/S: Majoriti keluar berparti pakai baju hijau. Kami bergurau, kalaulah ada orang part "sana" lihat suasana kehijauan ini, pasti dia sakit dada. Hehe.
PP/S: dan juga, hijau untuk tidak kepada Lynas - Aktif Sekarang daripada Radioaktif Nanti. Sila baca kupasan menarik di ArifShah.com

Saturday, February 25, 2012

Zaman Fitnah

"Eh, dia tuh agen Yahudi?"

"Lah, rupanya ada agenda di sebalik semua ini?"

"Allah... selama ini aku ingat mereka bergerak untuk Allah... Tetapi propaganda je?!"

"Hish. Dia tuh Freemason. Semua ini illuminati sahaja!"

"Dia puak ****, yang itu pula puak *******.... Ak nak percaya mana nih?"

Saya tak tahu anda, tetapi saya alami semua di atas. Di saat saya meletakkan keprcayaan dan harapan... begitu banyak informasi yang diterima sehingga meruntuhkan moral. Inilah dunia akhir zaman - Fitnah besar, sehingga garisan antara yang benar dan palsu itu benar-benar kabur. Silap-silap melangkah, kita terjatuh dalam lubang penuh penipuan duniawi.

Kita jadi kalut. tidak tahu di mana harus meletakkan kepercayaan. Segala jalan di hadapan nampak kabur bagi kita.

Kayuhan langkah mulai lemah dek kita tidak nampak jalan yang perlu dituju.

Itulah fitnah terbesar saya kira, apabila kita meletakkan penggantungan kepada pemahaman kita, dan takut untuk bertindak kerana kia takut usaha ini, usaha sia-sia.

Kita sibuk terapung dalam buih-buih hujah untuk memenangkan apa yang kita percaya, sehingga apa yang kita nampak hanyalah dunia dan diri kita - kita lupa yang di luar buih itu ada 1001 perkara menanti kita.
'kita dibutakan atau kita membutakan
diri sendiri?'

Kita merasakan, fitnah dunia ini terlalu besar. Dan kita tidak mampu berbuat apa-apa. Alangkah bahananya!

Memang, kita benar perlu merancang dan berusaha mencari kebenaran. Membaca situ dan sini, menelaah begitu dan begini - tapi jangan disesakkan diri kita dan dimuntahkan kudrat hanya kepada pergelutan pemahaman kita.

Ini dunia fitnah - kebenaran memang ada - dan kita perlu mencarinya, tetapi daripada siapa? Daripada media? Daripada manusia?


sesungguhnya Al-Haq itu, bukankah daripada Allah?

Umat islam dianggarkan seramai 1.2 billion di muka bumi - dan jika kita lebih banyak mencurahkan tenaga dengan memikirkan dan melakukan apa yang kita boleh buat, daripada memikirkan dan membahaskan apa yang orang lain sudah perbuat - sudah tentu, dengan izin Allah dunia ini akan jadi lebih aman.

Percayalah, dengan terperangkap dalam dunia perdebatan mencari pembuktian yang tidak berpunca - penuh andai mengandai - kita akan jadi terlupa untuk turun padang untuk melakukan sesusatu - untuk akhirnya bertindak!




Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(al-Ankabut, 29:69)


Dan apakah kehendak agama itu?

Dakwah. Saling membantu sesama manusia. Bermujahadah melawan kehendak diri. Segala aspek kehidupan yang sebenarnya membawa kita lebih dekat kepada Allah, mempersiapkan bekalan di akhirat kelak, itulah kehendak agama.

Dan menurut tafsir Ibn Kathir, ayat ini bermaksud sebagai galakan untuk melaksanakan apa yang kita TAHU dan MAMPU maka Allah akan menunjukkan kita kepada apa yang kita TIDAK TAHU.

Nabi Isa AS pernah berpesan, "Kebaikan itu ialah berbuat baik kepada sesiapa yang berbuat buruk kepada kamu, bukan yang berbuat baik kepada kamu", berbuat baiklah tanpa mengira siapa - hatta orang bukan islam sekalipun - kerana boleh jadi kebaikan itu jadi asbab untuk Allah turunkan hidayah. Dalam surah al-Muhmtahanah ayat 7, Allah menerangkan:

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sesungguhnya Islam itu universal, jangan bataskannya kepada orang bukan Islam sahaja!

Tetapi masih perlu selektif, sambungannya:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
Percayalah - apabila kita turun padang, hatta ajar budak mengaji sekalipun; atau membantu saudara-saudara kita yang kesusahan dengan harta kita di Paletin dan di Syam; baik menyampaikan bahan kepada ahli-ahli usrah kita; atau membantu orang buta melintas jalan, ataupun secara sukarela menyertai ekspedisi-ekspedisi kemanusiaan - kita akan sedar bahawa segala perdebatan, kekeliruan dan percanggahan tidak valid pun bagi mereka.

Rayuan daripada mereka [kredit:Devianart]

Hanya tindakan, dan kasih sayang dan ingatan kita menjadi ukuran buat mereka yang tidak bernasib baik, yang tidak dapat apa yang kita peroleh, sebagai rahmat daripada Allah.

Dan itu jugalah, yang dinilai Allah kelak - bukan apa yang kita tahu, tapi apa yang kita perbuat dengan apa yang kita tahu, ikhlas kepada-Nya.



Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
Al Mumtahanah (60:5)

Dan Allah juga yang lebih mengetahui.

Thursday, February 9, 2012

Syurga Pilihan

Suatu pagi, angin sejuk berhembusan di luar bangunan Chamber yang terletak bersebelahan dengan Pasquerilla Spiritual Center di Penn State University. Bangunan berwarna perang itu mengalu-alukan kedatangan pelajar. Kelas kecil, yang malangnya diganggu oleh bunyi bising pemanas. Tetapi itu tidak cukup memutuskan minat saya. Kelas Muhammad and Quran sering menarik minat saya. Professor Brockopp, cekap mengendalikan kelas dan kadang-kala rasa rendah diri melihat penguasaan beliau terhadap islam - dari sudut kontekstual dan konseptualnya, walaupun beliau bukan islam. Moga Allah memberikan hidayah kepadanya. Amin

Perbincangan hari itu mengenai gambaran syurga dan neraka dalam Al-Quran. M. Sells dalam bukunya An Introduction to Al-Quran membahaskan mengenai gambaran Syurga yang ditampilkan oleh Allah dalam surah Ar-Rahman.

Berbeza dengan deskripsi di dalam bible - "Syurga al-Quran" bercakap mengenai kepuasan fizikal -pakaian, emas, makanan serta seksual - dengan bidadari-bidadari syurga yangs sentiasa suci dan sebagainya.

"What is wrong with the description?" Professor cuba memprovok kelas kami yang 40% daripadanya ialah orang melayu, dan ada juga orang islam dari bangsa lain, dan selebihnya ialah orang Amerika yang saya sendiripun tidak pasti agamanya.Seorang wanita berbangsa Amerika mengangkat tangan, "I think the heaven described is rather more like a temptation - which in Bible is alleged as something which is not good. It does not make you closer to God,"

Professor Brockopp tersenyum. Dia menghuraikan lagi kenyataan itu. Benar, dalam Kristianiti kepuasan fizikal dan seksual dilihat sebagai suatu yang menjijikkan. Lihat sahaja zaman Victorian di England dahulu. Walau hanya ihtilam (mimpi basah) dilihat sebagai suatu yang berdosa!

Islam hadir tidak untuk menghalang fitrah, sebaliknya hadir untuk menguruskan fitrah agar ia tidak menjadi fitnah (cubaan) kepada kita. Sudah sunnatullah, lelaki dan perempuan itu mempunyai keinginan seksual masing-masing dan Islam menganjurkan perkahwinan agar keinginan itu mampu dipenuhi dan disulami dengan rasa tanggungjawab antara suami isteri dalam berumah tangga. Komitmen dan persefahaman. Hatta dalam islam, jima' (persetubuhan) itu dikira sebagai suatu ibadah, dan kita memperoleh pahala. Sabda Rasulullah SAW, jika berzina itu dosa sudah tentu jima' (yang menjauhi zina) itu menjadi ibadah! Bukan pada falsafah one night stand yang dipelopori oleh budaya barat - sebagai suatu counter culture yang pernah melanda Eropah sewaktu zaman Gelap dahulu.

OK. Saya tulis mengenai kahwin, mesti ada yang tersenyum. :)

Balik semula ke tajuk asal. Mengapa, atau salahkah Allah menggunakan nilai-nilai material dan seksual sebagai satu unsur pujukan dalam Al-Quran?

Bagi saya tidak salah. Malah ia berkesan. Dan Al-Quran tidak sama sekali mempunyai unsur erotik seperti di dalam kitab-kitab lain. Contoh dekatnya ialah bagaimana anak-anak Nabi Lut "berusaha" meniduri ayahnya seperti yang diperihalkan dalam Bible. Al-Quran menggunakan bahasa yang allegorik tetapi mampu difahami manusia. Bahawa Di syurga itu ada sungai - dari arak, susu dan madu. Di syurga itu ada bidadari yang menanti, melayan mujahid-mujahid insani. Di syurga itu ada wildan, pelayan-pelayan. Ada juga macam-macam nikmat lagi persis istana - malah lebih dari itu.

Ganjaran yang Allah gambarkan dalam Al-Quran sebagai satu dorongan. Dorongan untuk apa? Untuk kita berserah dan tunduk kepada Allah dan peraturan-peraturannya. Individu muslim yang mukallaf, mereka dipertanggungjawabkan dengan syariat dalam mengatur kehidupan. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Itu haram, ini haram. Adakah sekadar itu sahaja? Mengekang hidup manusia?

Kita perlu beringat, kita diturunkan ke muka bumi dengan tujuan-tujuan yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Sebagai khalifah dan 'abid - kepada Allah yang Maha Esa. Selaras dengan itu, seperti dalam firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2, maksudnya, Dia yang menciptakan mati dan hidup sebagai  satu ujian kepada kamu untuk melihat siapa antara kamu yang paling baik amalannya, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Nah, Allah jelaskan. Hidup ini ujian Allah untuk menilai kita, dan akhirat itu kelak jadi ganjarannya. Jadi dugaan-dugaan dunia yang ada sebenarnya ialah untuk menguji manusia, untuk melihat adakah kita up to it atau to show what we made of?


Oleh sebab itu, adanya hadith, dunia itu ibarat penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang yang ingkar (kafir). Apa yang kita tahan diri kita, dalam proses mujahadah dunia, Allah akan berikan, malah yang lebih baik di akhirat kelak!

Bersabarlah, dan susuri dunia ini dengan turutan Allah. Masanya akan tiba, apabila jiwa kita pulang.

Seperti yang dijelaskan oleh Professor saya, "Quran's heaven is physical heaven, and Quran's hell is a physical hell -and there's absolutely nothing wrong with that."

Soalan saya, ke mana kita mahu pergi?







Dan sudah tentulah, nikmat terbesar di akhirat kelak ialah apabila bertemu Junjungan mulia Muhammad SAW dan mendapat ru'yatullah (melihat Allah)

Allah. Mampukah?

Wahai Tuhan, kutaklayak ke syurga-Mu
Tapi tak pula, aku sanggup ke neraka-Mu - Petikan I'tiraf, Raihan (ada yang kata ini ialah adaptasi doa Rabiatul Adawiyah, seorang sufi agung - tetapi saya tak dapat pastikan kesahihannya)




Keras Seperti Batu

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
-Petikan Kalamullah, daripada Al-Baqarah, ayat 74