Perbincangan hari itu mengenai gambaran syurga dan neraka dalam Al-Quran. M. Sells dalam bukunya An Introduction to Al-Quran membahaskan mengenai gambaran Syurga yang ditampilkan oleh Allah dalam surah Ar-Rahman.
Berbeza dengan deskripsi di dalam bible - "Syurga al-Quran" bercakap mengenai kepuasan fizikal -pakaian, emas, makanan serta seksual - dengan bidadari-bidadari syurga yangs sentiasa suci dan sebagainya.
"What is wrong with the description?" Professor cuba memprovok kelas kami yang 40% daripadanya ialah orang melayu, dan ada juga orang islam dari bangsa lain, dan selebihnya ialah orang Amerika yang saya sendiripun tidak pasti agamanya.Seorang wanita berbangsa Amerika mengangkat tangan, "I think the heaven described is rather more like a temptation - which in Bible is alleged as something which is not good. It does not make you closer to God,"
Professor Brockopp tersenyum. Dia menghuraikan lagi kenyataan itu. Benar, dalam Kristianiti kepuasan fizikal dan seksual dilihat sebagai suatu yang menjijikkan. Lihat sahaja zaman Victorian di England dahulu. Walau hanya ihtilam (mimpi basah) dilihat sebagai suatu yang berdosa!
Islam hadir tidak untuk menghalang fitrah, sebaliknya hadir untuk menguruskan fitrah agar ia tidak menjadi fitnah (cubaan) kepada kita. Sudah sunnatullah, lelaki dan perempuan itu mempunyai keinginan seksual masing-masing dan Islam menganjurkan perkahwinan agar keinginan itu mampu dipenuhi dan disulami dengan rasa tanggungjawab antara suami isteri dalam berumah tangga. Komitmen dan persefahaman. Hatta dalam islam, jima' (persetubuhan) itu dikira sebagai suatu ibadah, dan kita memperoleh pahala. Sabda Rasulullah SAW, jika berzina itu dosa sudah tentu jima' (yang menjauhi zina) itu menjadi ibadah! Bukan pada falsafah one night stand yang dipelopori oleh budaya barat - sebagai suatu counter culture yang pernah melanda Eropah sewaktu zaman Gelap dahulu.
OK. Saya tulis mengenai kahwin, mesti ada yang tersenyum. :)
Balik semula ke tajuk asal. Mengapa, atau salahkah Allah menggunakan nilai-nilai material dan seksual sebagai satu unsur pujukan dalam Al-Quran?
Bagi saya tidak salah. Malah ia berkesan. Dan Al-Quran tidak sama sekali mempunyai unsur erotik seperti di dalam kitab-kitab lain. Contoh dekatnya ialah bagaimana anak-anak Nabi Lut "berusaha" meniduri ayahnya seperti yang diperihalkan dalam Bible. Al-Quran menggunakan bahasa yang allegorik tetapi mampu difahami manusia. Bahawa Di syurga itu ada sungai - dari arak, susu dan madu. Di syurga itu ada bidadari yang menanti, melayan mujahid-mujahid insani. Di syurga itu ada wildan, pelayan-pelayan. Ada juga macam-macam nikmat lagi persis istana - malah lebih dari itu.
Ganjaran yang Allah gambarkan dalam Al-Quran sebagai satu dorongan. Dorongan untuk apa? Untuk kita berserah dan tunduk kepada Allah dan peraturan-peraturannya. Individu muslim yang mukallaf, mereka dipertanggungjawabkan dengan syariat dalam mengatur kehidupan. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Itu haram, ini haram. Adakah sekadar itu sahaja? Mengekang hidup manusia?
Kita perlu beringat, kita diturunkan ke muka bumi dengan tujuan-tujuan yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Sebagai khalifah dan 'abid - kepada Allah yang Maha Esa. Selaras dengan itu, seperti dalam firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 2, maksudnya, Dia yang menciptakan mati dan hidup sebagai satu ujian kepada kamu untuk melihat siapa antara kamu yang paling baik amalannya, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Nah, Allah jelaskan. Hidup ini ujian Allah untuk menilai kita, dan akhirat itu kelak jadi ganjarannya. Jadi dugaan-dugaan dunia yang ada sebenarnya ialah untuk menguji manusia, untuk melihat adakah kita up to it atau to show what we made of?
Oleh sebab itu, adanya hadith, dunia itu ibarat penjara bagi orang beriman, dan syurga bagi orang yang ingkar (kafir). Apa yang kita tahan diri kita, dalam proses mujahadah dunia, Allah akan berikan, malah yang lebih baik di akhirat kelak!
Bersabarlah, dan susuri dunia ini dengan turutan Allah. Masanya akan tiba, apabila jiwa kita pulang.
Seperti yang dijelaskan oleh Professor saya, "Quran's heaven is physical heaven, and Quran's hell is a physical hell -and there's absolutely nothing wrong with that."
Soalan saya, ke mana kita mahu pergi?
Dan sudah tentulah, nikmat terbesar di akhirat kelak ialah apabila bertemu Junjungan mulia Muhammad SAW dan mendapat ru'yatullah (melihat Allah)
Allah. Mampukah?
Wahai Tuhan, kutaklayak ke syurga-Mu
Tapi tak pula, aku sanggup ke neraka-Mu - Petikan I'tiraf, Raihan (ada yang kata ini ialah adaptasi doa Rabiatul Adawiyah, seorang sufi agung - tetapi saya tak dapat pastikan kesahihannya)
Salam.Nice discussion.Teringat bila sorang Ustaz di maahad bagi ibarat yang agak dekat dengan topik perbincangan.Beliau cakap tentang puasa,n bagaimana puasa tu susah,perlu pengorbanan,tahan nafsu etc,tapi dihujungnya ada kegembiraan,sebagaimana Nabi sebut dalam hadis,iaitu kegembiraan berbuka.
ReplyDeletePastu Ustaz tu bagi ibarat,hidup adalah puasa yang panjang.Dalam hidup banyak benda kena ditahan,khususnya nafsu.Tapi bila sampai masa berbuka kelak,kat syurga,takkah semua tu berbaloi?
Ya Allah berikan kami keteguhan.