Err, rasanya tiada yang nak ambil tahu mengenai keputusan add/drop saya untuk semeter musim luruh kali ini (baca: Fall Semester 2012).
Tetapi saya mahu tulis juga - sekadar satu peringatan bagi saya kenapa keputusan ini dibuat.
Pertengahan semester musim Bunga lepas (baca: Spring 2012), saya mendaftar empat subjek:
Chemical Geology
Physical Geology
Experimental Chemistry II
Introduction to Seismology
The Life and Thoughts of Malcolm X
Ahha! Nampak menarik bukan? Itu yang paling saya hargi belajar di negara pakcik Sam ini. Sistem yang fleksibel memungkinkan kita untuk belajar apa-apa yang kita rasa/mahu belajar. Walaupun tiga subjek lain penuh dengan kerja-kerja lab, saya gagahkan juga. Maklumlah, semangat.

***
Semester bermula. Alhamdulillah, hari isnin tiada kelas. Satu nikmat buat saya. Walaubagaimana pun, hari selasa dan khamis saya sibuk dengan marathon kelas - lapan jam berderet, dengan satu kelas terpaksa berlari-lari anak untuk sampai ke kelas 10 minit perjalanan (selang masa hanya 15 minit!)
Keraguan pada diri bermula sewaktu kelas Malcolm X - langsung tidak menepati apa yang saya sangka. Diajar oleh professor yang hanya 75% daripada butir bicaranya dapat saya tangkap dan silibus yang menekankan kepada black liberation dan nationalism, buat saya jadi kaget.
Hasilnya, saya drop dan gantikan dengan kelas Hebrew Bible: Old Testament.
Kelas Introduction to Seismology. Apa yang menariknya, kelas ini menggunakan kalkulus dengan meluas. Walau bagaimanapun, hampir separuh daripada kelas tersebut ialah penuntut grad.
Jadi, dengan desakan awal bahawa saya sudah punya tiga lab yang tersusun rapi, saya drop.
Saya akui ada sedikit racun malas yang mengalir dalam badan, dan dalam masa yang sama saya ada inside project yang perlu dijalankan secara istiqamah. Tidak mahu kedua-duanya memberi kesan kepada satu sama lain, saya berharap agar keputusan ini membantu saya dan penghidupan saya seterusnya!
Oh, membebel perkara yang tidak perlu. Pohon doanya ye sahabat!
*juga saya menanti kekosongan dalam kelas Technical Writing. Allahul musta'an!
No comments:
Post a Comment