Ramadhan berakhir lagi. Dan bagi saya, Ramadhan ini istimewa - atau sekurang-kurangnya saya berharap agar ia jadi istimewa setelah ramadhan tahun lepas banyak sedikit pergelutannya apabila baru menjejakkan kaki di bumi Pakcik Sam.
Ah, apa saya bergurau? Ramadhan itu setiap kali sama sahaja, istimewa yang sama - penuh dengan limpah rahmat dan kurnia Ilahi. Rahmat, maghfirah (keampunan) dan pelepasan daripada api neraka! Memang Allah telah menjadikan ia istimewa - dan terpulang kepada manusia (baca: kita) untuk merebut keistimewaannya.
Ya, rebutan yang pasti, sesiapa yang berusaha pasti takkan terlepas. Kalau jualan murah, pasti akan ada stok habis. Tetapi stok rahmat dan kasih sayang Allah dalam Ramadhan ini takkan habis! Oleh itu Nabi SAW yang menjadi rahmatan lil'alamin pun, yang penuh kasih sayang dan belas kasihan, mengaminkan kecelakaan bagi manusia yang telah melalui Ramadhan tetapi dosanya tidak diampunkan!
Memang celaka, segalanya dah disediakan hanya perlu sediakan hati untuk menerimanya.
Allah.
Saya sebenarnya mengalami krisis emosi. Sayu kerana Ramadhan pergi, entah mampu lagi bersua, tetapi dalam masa yang sama Idulfitri itu harus disambut dengan kegembiraan (baca:melalui tasbih dan takbir).
Allah. Moga Allah terima. Taqabbalullah minna wa minkum.
Terima kasih tidak terkira buat sahabat-sahabat yang setia mengejar lebihnya ramadhan bersama saya. Anda tahu siapa anda, dan jika tidak tahupun, doa saya sentiasa bersama anda - lagi spesel sebab anda tak tahu, saya doakan, dan doa untuk saudara muslim dalam keadaan rahsia lagi maqbulkan?
Juga doa-doa untuk saudara Muslim kita di serata dunia. Hari raya mereka pasti penuh tangisan - yang berbeda dengan tangisan kita.
Dan masjid-masjid di bawah ini, akan saya rindu dengan seluruh hati. Tempat hati mencurah pada malam 10 terakhir, moga Allah redha.

Masjid Negeri Shah Alam |
Masjid Al Falah USJ 9 |
Masjid Asy Syakirin, KLCC |
Masjid Kuarters KLIA |
No comments:
Post a Comment