Sunday, June 30, 2013

Tuhan, bantulah!

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allah. Saya tak tahu bagaimana mahu bermula.

Dipendam dalam diam - tapi tidak juga beroleh jawapan.

Isu yang berputar dalam zaman kini, baik sekitar dunia islam atau dunia secara amnya.

Saya manusia biasa, yang punya impian mahu melihat dunia ini dalam sinar rahmat. Mungkin saya terlalu gelojoh mahu melihat segalanya berubah menurut kemahuan saya. 

Ah bodohnya saya!

Bagaimana mahu melihat kejayaan jika saya pun takut-takut mahu mencelupkan diri dalam perjuangan.

Berjingkit-jingkit dalam jalan yang saya percaya.

Sertailah banyak perkara pun - jika tiada kesungguhan dan jiddiyah, bagaimana mahu menghadap dunia yang penuh pancaroba ini?

Hari ini saya melihat dunia dan masalah-masalahnya seperti anak kecil di dalam buaian melihat tangisan ibunya.

Tidak memahami, jauh lagi mampu membantu.

Ah. Sungguh, Nabi itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Selepas kewafatan Baginda SAW kejayaan demi kejayaan menghurung islam melalui kepimpinan sahabat-sahabat rahm yang terpimpin.

Kita (baca: saya) terbayang-bayang saat-saat gemilang islam. Sedangkan kalau sejarah itu ditebar dan diulit satu persatu, tidak semuanya cantik. Ada selit-selit lumut dan juga koyak rabak nilai dalamnya. 

Jadi benar, setiap zaman ada musibah dan cabaran yang tersendiri. Masakah tidak, bukan hidup ini ujian? Dalam skala besar atau kecilnya seorang insan.

Dan semua itu bermula, dengan 13 tahun Nabi SAW dan sahabat yang terawal di Makkah menghadapi penindasan, penolakan, kekejaman.

Kini sejarah bagai berulang kembali.

Tetapi lebih sulit kerana tiada Nabi SAW untuk memimpin dan mendamaikan. Memujuk dan memotivasikan.

Kita ada al-Quran yang lengkap dan sunnah peninggalan baginda.

Dan umat islam yang entah mengapa, sering bercakaran - lantaran akhlak yang belum sempurna untuk menerima dan menjalankan tugas abid dan khalifah.

Allah. Tunjukkan aku ilmu yang buahnya akhlak.

Allah, jauhkan aku dari wahan dan nifaq.

Allah. 



No comments:

Post a Comment