Friday, May 11, 2012

Mr Happy, nice meeting you!


Saya tiba di LAX dalam jam 10, Pacific time – maknanya kalau waktu di State College sudah pukul 1 pagi. Rancangan asalnya ialah untuk bermalam sahaja di LAX, memandangkan penerbangan dijadualkan jam 11 pagi esok.

Tapi saya salah. Penerbangan ialah pada pukul 4 petang. Maka bermulalah episod keseorangan saya – seperti mana di JFK dahulu. Cuma sekurang-kurangnya saya ada juga sahabat yang menemani di JFK sehinggalah penerbangan mereka.

Perjalan dari JFK ke LAX Alhamdulillah lancar tanpa sebarang masalah – hanya sedikit lewat kerana kesesakan di JFK tetapi tetap kami tiba pada masanya. Sudah hampir satu hari saya hanya tidur di bangku keras JFK dan kerusi kapal terbang. Malam tadi, setelah mengetahui penerbangan saya hanya dijadualkan pada pukul 4, bukan 11; saya jadi resah.

Setelah berlegar-legar, saya buat keputusan untuk bermalam di hotel. Untunglah di LAX mereka sediakan satu database computer untuk penginapan sekitar LA dan boleh menghubungi mereka terus dari computer secara percuma. Satu demi satu hotel saya hubungi – jawapannya sama ada kadar yang terlalu mahal atau bilik penuh.

Sehinggalah saya menghubungi Travelodge, mereka punya bilik yang boleh dinginap - $85 semalaman. “Good enough,” kata saya pada operator hotel. Shuttle secara percuma dihantar – dan di sinilah kisah pertemuan saya dengan Happy.

What is your name?” tanya Happy.

Muhammad,” saya jawab.

Muhammad? Where are you from?

“Malaysia.”

So have you reserved the hotel, give you credit card number and all?

Yes, sort of – but I didn’t give any credit card though. He just took down my name, can I go in back and call the hotel again. I don’t have any phone right now,” sebenarnya saya dah sudah gantung perkhidmatan telefon saya memandangkan saya akan pulang ke Malaysia untuk hampir empat bulan.

In case of that, you haven’t reserved. You have two options. I can send you there, or, I’ll help you find a cheaper hotel.”

Saya terkesima. Baiknya.

Dalam perjalanan, kami berborak. Dia bertanya mengenai KLCC, dan bercerita mengenai lawatannya ke Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

“Wow, even me haven’t been to all those places,”

Dia seolah-olah terkejut.

Asalnya saya suspek bahawa dia dari Jemaah tabligh – atas semangat ikramnya yang amat tinggi. Kemudian saya perasan satu lencana di dalam vannya – Happy Annivesary of Guru Nanak.

Gulp. Saya menelan air liur. Orang sikh agaknya. Sangkaan saya dibenarkan apabila dia memberitahu nama panggilannya ialah Happy dan nama sebenarnya ialah Govinder Singh. Sah orang sikh! Perjalanan ke hotel yang baru sebenarnya di satu arah yang lain, jadi setelah menghantar penumpang lain ke hotel Travelodge, kami pergi ke jalan yang lain pula. Jalannya agak gelap. Kurang kereta.

Saya jadi takut. Sudahlah saya beritahunya yang saya punya kad debit, dan tiada telefon. Tetapi dalam perjalanan saya teringat pula, dia menelefon hotel yang baru bertanyakan kadar. Saya jadi tenang semula.

Dan dia amat peramah.

Kemudian saya teringat bahawa dalam lipatan sejarah Sikhism dan Islam bukanlah "teman tapi mesra" – banyak sejarah hitamnya. Tambah lagi Happy asal dari India. Saya tidak henti-henti membaca ayatul-Qursi, mohon perlindungan.

Akhirnya kami tiba di Hotel tanpa sebarang ancaman. Saya jadi malu dengan sangkaan buruk yang bukan-bukan. Allah, malunya. Dia ikhlas menolong, walau apa pun motifnya. Entahlah mungkin orang Malaysia melayannya dengan baik sewaktu di Malaysia, wallahua’lam.

Saya memberikan tips yang agak lumayan, walaupun dia pada awalnya menolak. “You have been very kind to me. Please accept it.” kata saya.. sebabnya itu, dan juga saya malu dengan sangkaan buruk saya.

Akhirnya malam itu saya bermalam di hotel single room, tapi agak luas dan punya ruang tamu. Seronok.

Kepenatan, saya tidur – dengan ingatan, kebaikan manusia itu memang ajaib. Sangat ajaib!

No comments:

Post a Comment