Tuesday, December 23, 2014

Akhlak

Menurut Al-Ghazali, akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan yang mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.

Jadi kalau kita percayai konsep ini, akhlak ialah sesuatu yang bersifat spontaneous dan habitual, dan keputusannya boleh jadi buruk atau mulia.

Mencapai Akhlak Mulia

Ini satu konflik besar.

Kerana saya sering mengerah otak - atau menggambarkan ideal-ideal tertentu apakah yang seharusnya saya lakukan jika ini atau itu terjadi.

Cuma terkadang apabila ia terjadi, saya masih lagi bertimbang-tara, "patutkah aku tolong?" "Perlu ke aku buat semua ini?"

Dan apabila saya tidak dapat memenuhi sangkaan saya terhadap apa yang saya lakukan, saya akan mengalami satu episod introspeksi, yang lazimnya menguarkan satu lagi siri kemurungan, kecewa dengan diri.

Ah. Ini bukan melankolik, tetapi realiti (baca: diri sendiri).


Akhlak ini ialah suatu proses saya kira, kalau tidak dibiasakan, dipupuk dan didorong dengan semangat yang benar, masakan kita mampu berakhlak seperti yang disarankan. Sempurnanya Nabi Muhammad itu saya kira ialah kerana ia berakhlak dengan apa yang baginda sampaikan, apa yang baginda imani dan juangi, yakni Al-Quran.

Aduh. Kerdilnya rasa diri. Apatah lagi dalam dunia yang serba kena tak kena, betul tak betul, haram tak haram dan halal tak halal, cabaran untuk berakhlak (dan akhlak bagaimanakah dipupuk syariat) menjadi lebih sukar. Lagi-lagi berakhlak dalam ruang publik dan berakhlak dalam ruang privasi. Semuanya, saya kira ialah satu perjuangan yang tak pernah selesai.

Itu belum kira lagi apabila ia melalui hubungan muslim non-muslim, politik kenegaraan dan politik keduniaan seolah-olah akhlak itu terbatas dan bersyarat.




Jadi bagaimana? 

No comments:

Post a Comment