Lama sebenarnya saya memendam.
+++
Mungkin dalam renung-renung saya ketika berseorangan menikmati makan tengah hari di Kaarma, sebuah restoran India berdekatan alma mater saya. Lelaki tua dan pasangannya - serta ramai lagi pasangan veteran - masuk ke restoran tersebut. Juga untuk menikmati apa-apa yang saya nikmati.
Saya jadi terharu - teringatkan atuk saya di tanah air.
Dan entah mengapa, mudah pula air mata meluncur di pipi.
Apabila pulang ke Malaysia, hari demi hari saya diingatkan akan kedatangan hari tua (jika diizinkan Tuhan) apabila usai mengerjakan solat bersama datuk saya.
Tangannya yang kurus dan urat-urat yang jelas kelihatan, kudrat yang sungguh-sungguh diperah hanya untuk bangun dari duduk dan kadang-kadang sewaktu melaungkan iqamat, datuk tiba-tiba berhenti, "Bapak terlupalah Wan." - dan saya tanpa banyak soal terus sahaja melaungkan iqamat. Keadaan datuk saya jadi peringatan - bahawa ibu dan ayah saya juga akan menempuh saat itu, dan saya juga, malah setiap daripada kita - jika diizinkan Tuhan.
Melihat gambar datuk sewaktu berkhidmat untuk tentera di Singapura, juga mengenangkan memori dibawa ke sekolah agama di tempat beliau bekerja saban minggu, 18 tahun dahulu - Ya, saya berada di kerusi hadapan melihat masa memamah kudrat dan fizikal manusia.
+++
Hyperconnectivity seperti yang diura-urakan oleh pemimpin dan cendekiawan di Malaysia kebelakangan ini melontarkan pandangan saya ke dalam diri. Daripada satu segi, kita sememangnya terhubung - walau secara virtual - bentuk komunikasi imej dan video serta abjad yang tidak pernah kecewa menyampaikan memberikan kesan mendalam.
Saya boleh mengikuti berita, malah detik penceritaan penderitaan saudara semanusia saya di merata dunia. Daripada genosid di Gaza, Palestin kepada perang saudara di Syria kepada puak pelampau di Nigeria serta ISIS, saya dilambakkan dengan berita-berita penderitaan. Juga berita demi berita mengenai kesengsaraan manusia, terutamanya kanak-kanak yang sudah mengenal derita terlebih dahulu sebelum mengenal dunia - menjadi suapan harian melalui media massa.
Saya jadi bungkam. Penderitaan adalah suatu fakta, tetapi mengapa? Mengetahui seolah-olah menjadi satu sumpahan buat saya.
Bagaimana manifestasi syukur saya?
+++
Setelah Siddartha Gautama "diperdaya" dalam dunia indah rekaan ayahnya bertahun-tahun, kejutan Siddhartha apabila mengetahui hakikat kehidupan - bahawa wujud kemiskinan, kesakitan, penuaan dan kematian - seolah-olah boleh saya hayait.
Apabila kesedaran dilontarkan keras kepada saya...
+++
Nabi Muhammad SAW itu, dahulunya, sebelum menjadi diutuskan telah lahir daripada perbuatannya kebaikan. Seperti yang dikhabarkan Khadijah r.anha bahawa mustahil Allah mensia-siakannya sedangkan baginda menghubungkan silaturrahim, memberi makan orang susah, membantu orang miskin, memuliakan tetamu dan menegakkan kebenaran.
Nah, sebelum turunnya wahyu Nabi SAW sudah punya kompas moraliti yang hebat - menjaga hubungan sesama manusia, menentang kezaliman dan memperjuangkan kebenaran. Apabila turunyya Islam aktiviti ini tidak ditinggalkan hanya kerana laungan dakwah islam kepada semua atau sibuk mengejar akhirat untuk syurga yang abadi, sebaliknya Nabi Muhammad lebih teguh dam tegar memperjuangkan dan menyebarkan rahmat Allah di muka bumi.
Sedang kita dan islam hari ini, di mana salahnya? Tidak hairanlah jika ada seruan yang memanggil untuk meninggalkan islam dan mengejar model dunia barat. Jika dunia menjadi ukuran, sudah pasti model dan acuan yang dibawakan barat nampak cantik. Kemeruduman Islam dan disiplin ilmu dan falsafahnya ialah satu kerugian - tetapi seperti yang telah mendahului kita, kita masih punya ruang untuk belajar dan menerima. Serta sesuaikan dengan acuan islam yang berpaksikan tauhid.
Kamu tidak boleh memberi, jika tidak punya apa-apa.

No comments:
Post a Comment