Tuesday, April 28, 2015

#PBAKL2015 dan Cerita-Cerita Lain

Beginilah, setelah tiga tahun tak berkunjung dan hanya mengemaskini di Twitter betapa kecewanya saya tidak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya, ditemani rakan saya, berpesta di Pesta Buku semalam. Alhamdulillah Pesta ini tidak diharamkan oleh Pihak berkuasa kerana yang nyatanya saban tahun belum ada lagi kes remaja mati keracunan dadah ataupun berpesta mabuk tak ke sudah.

Di Pesta Buku, bahasanya ialah idea (dan wang... oh, apa yang tidak?). Sasaran pertama kami ialah bahagian buku teks universiti dengan penerbit-penerbit seperti CRC Press, ElSevier, Cambridge dan Oxford. Dahulunya memang langsung tidak berminat. Tetap sejak mula berjinak-jinak dengan akademik ini bahan bacaan ialah suatu eskapisme untuk pengajian. Belum ada sampel hendak dikumpul apatah lagi dianalisis, jadi yang ada hanyalah perkataan demi perkataan yang perlu cermat dipilih.

Buku-bukunya langsung tidak dipamerkan harga. Dengan kadar mata wang ringgit yang rendah, ditambah pula dengan kos import dan sebagainya saya memang berat hati mahu bertanyakan harga. Sehinggalah saya terjumpa buku yang memang saya berkenan: berkulit keras warna hitam dan agak tipis (secara relatifnya). Lalu saya bertanyakan harga.

RM 437. Empat ratus tiga puluh tujuh.

Ah. Saya letakkan semula di rak, dan mula bersangka-sangka bersama kawan saya yang penyelia saya cukup mulia untuk meluangkan sedikit duit gerannya untuk keperluan buku saya.

Jadi untuk sesi itu, kami hanya pusing-pusing mengumpulkan katalog. Saya perasan, bahawa kami mungkin sangat undressed memandangkan yang datang bertemu mereka biasanya ialah wakil-wakil kedai buku universiti atau perpustakaan. Jadi tidak hairanlah kami seolah-olah diendahkan (ini yang pertama).

Sebelum itu, saya berkunjung ke Dubook memandangkan petaknya terletak beltul-betul berderetan dengan pintu masuk kami. Tiada Faisal Tehrani di gerai, jadi kami teruskan ke bahagian-bahagian lain. 

Sejak dahulu saya memang suka makanan di medan makan the Mall. Selepas kecewa dan berharap di bahagian penerbit buku akademik, kami merancang untuk KFC di the Mall. Ah, the Mall telah bertukar pemilik, Taikun Sunway. Setelah 30 minit mengelilingi bangunan yang sedang diubahsuai, kami memutuskan bangunan itu ditutup (dan kemudiannya disahkan dengan carian di Google). Kami masuk semula ke PWTC untuk solat dan merancang semula. 

Carian Google mengesahkan bahawa memang ada KFC di dahulunya The Mall, dan kami melihat segelintir pelawat menikmatinya lewat ruang legar PWTC. Tapi misterinya, kami tidak tahu daripada mana mereka membelinya. Ah, KFC! Akhirnya, kerana tiada pilihan (dan wang - sudahku bilang wang juga bahasa pesta Buku dan bahasa rasmi PWTC). Kami nikmati makan tengah hari di medan selera sebelah sungai, berdekatan stesen LRT PWTC ditemani dengan anak-anak lipas yang segan-segan naik ke meja makan (saya perasan  bayangan mereka dari awal - dan disahkan apabila saya nampak sendiri, tanpa bayangan setelah hampir selesai makan - tetapi hanya memberitahu kawan saya selepas kami selesai makan. Saya kira, itu adab bukan?) 

Selesai makan, ah Faisal Tehrani ada di DuBook. Saya begitu teruja sehingga jadi malu-malu seperi anak gadis (dan ada tikanya saya rasa malu saya diperasan Faisal Tehrani). Saya beli buku-buku baru beliau, dan ZulFikri Zamir. Kemudian mundar-mandir, berkira-kira mahu Faisal Tehrani tandatangani salinan Perempuan Nan Bercinta saya. Ah malam sebelumnya saya sudah sediakan beberapa baris jawapan jika Faisal Tehrani terkejut dengan buku tersebut - kerana ia diharamkan; tetapi bahasa Pesta Buku bukankah idea seperti saya bilang? Walau peraturan dan sekatan pun tidak mampu menghalang aliran idea. 

Tetapi sisi gadis saya masih lagi berkira-kira, jadi kami memutuskan untuk teruskan pemburuan buku-buku kami. Banyak kali juga kami turun untuk melihat-melihat jika Faisal Tehrani masih di petak DuBook; tetapi takdir mentertawakan saya. Nyata peluang pertama saya itulah peluang terakhir saya, kerana yang seterusnya beliau lagaknya asyik berbual dan lewat petang beliau sudah balik mungkin. 

Petang itu, kami akhiri sesi dengan melawat ITBN. Untung, kru di sana sangat peramah. Seorang pekerja memperkenalkan kami kepada pekerja yang lain, yang merupakan seorang editor. Pada bacaan terakhir kawan saya yang bersifat post-Modernisme, beliau mengasakkan cadangan buku demi buku untuk kami pertimbangkan. 

Dan kami ambil masa pula untuk menyaring pilihan-pilihan tersebut, dah kami berpuas hati dengan apa yang kami pilih dan memutuskan bahawa seorang pengarang daripada cadangan yang diasakkan tidak mengenai cita rasa kami. Karya beliau, dikatakan diinspirasi oleh Haruki Murakami (yang memang saya tidak minat setelah menghabisi 1Q84). Karyanya terlalu introspektif, malangnya saya tidak nampak unsur Murakami. 

Saya harus berterima kasih kepada Big Bad Wolf yang mengajar saya bahawa banyak buku yang diborong selalunya tidak habis dibaca kerana tidak memenuhi minat saya. Saya jadi lebih selesa membaca berdasarkan cadangan atau saya memang pernah menyantuni pengarang tersebut. 

Jadi saya habiskan kira-kira RM 150 sahaja (berbanding sebelum-belumnya yang selalunya mudah sahaja dua kali ganda jumlah tersebut). Buku-buku yang dibeli: 
1. Pemodelan Alam Sekitar dan Ekosistem, Koh Hock Lye
2. Cerpen2 Underground, Faisal Tehrani
3. Aku_______, maka Aku ada, Faisal Tehrani
4. Berlari dari Jogja untuk menemukan Si Dia di Christiana, ZF Zamir
5. Boneka Rusia Guido, Wan Nor Azriq
6. Dublin, Wan Nor Azriq
7. Trivia, Ruhaini Matdarin

Monday, April 27, 2015

Parents

Parents are funny people. They always, always, want the best for you - to the extend they'll sacrifice everything before you.


But deep down, they'll settle for anything as long as you're off better than them.

I guess that is love. 

Sunday, April 19, 2015

A 9 Year Old Who Likes Symmetry

Symmetry is what defines beauty, people say.

And when I was a kid, I grew fond of symmetry. I liked my toys, my clothes to be symmetrical.

And my hair too. But that's a lost cause. I could never part my hair in the middle like any 90s kids would do. My hair is weirdly spikey at only the right side of my head, right above the curve of my head. And the hair will be manageable if they are long enough (the fact that I only knew when I can grow my hair for months during school break). 

So every time I have a haircut, I can see the shock on the Mamak's face when he realized my hair "spring to life" and he will have a hard time mending to that. 

As a result of that, my haircut is the worst for the first few weeks I had it - until it grew long enough. 

So not until recently (I am 24, that's kinda late), I started to tell the barber not to cut my hair so short that it will spike. And the barber actually finds a way around my hair. The result was not bad at all. 

Then, I found out that I have an oversized head. And the 9 year old kid inside me who loves symmetry so much cringe again. In a both mocking and disgruntled way, he yelled, "Hah, you have a really large head".  

Shoot. Yay, to another item in my insecurities list. 


Thursday, April 16, 2015

Peluang.

Ah, peluang. 

Datang dan pergi. Yang sempat ditangkap kadang-kadang dilupa, ralit memandang yang terlepas; atau kabut pula menanti yang entah apa rupanya. 

Ah, peluang - selalu sahaja engkau yang harus berjuang. Yang terlepas, yang tertangkap dan yang mendatang. Kauharus berjuang. 

Kerana berjuang itu, mencipta peluang. 

Wednesday, April 8, 2015

Rejection

No, I am not used to rejection.

These past seven months however, I have received too many rejections, relatively more than anything that I have experienced for the last 23 years of my life.

Ah, I guess that's what life does to you. Sneak up on you on the most unsuspecting times of your life and just throw one by one at you - knowing that you have no choice but to face it head-on.

But don't let those blur your already traumatized mind. Failure is good. It shapes, moulds and sharpens you. While many mythical heroes conquer death (or so they try), we, the non-mythical ordinary humans, just have to conquer failure.

Failure will come, at any point of your life, even after you think you've conquered it -- don't get me wrong. I knew it. It will certainly come.

It will come, but greet them as a friend. For whatever it does to you now, you will laugh it off later-- and other people might join too

Tuesday, April 7, 2015

Coping Mechanism

Why when you reached a certain age, a certain part of your life becomes a source of annoyance and revolt?

Since to hate your past selves is practically self-loathing and the hatred is directionless since there is no empirical entity to place it upon, a coping mechanism is introduced.

Now you project your past lives to other people who happen to be, more or less, appear to be a resemblance of your past lives.

Coping mechanism kicks in and evidently you become annoyed - like somehow you brain is wired that way to just be annoyed.

And the painful part is, that annoyance serves as a painful reminder, you WERE that.


Wang

Sebenarnya rasa kecewa dengan diri kerana banyak kali, apabila membuat keputusan, wang menjadi faktor utama.

Ah, siapa yang tak mahu wang?

Walaupun sisi ideal diri kerap kali membisikkan, "wang bukan yang kaukejar, tetapi cita,", kerap kali juga sisi muka diri ini terlupa dan terlanjur pula. 

Sunday, April 5, 2015

Kelas

"Teacher,  research saya sekarang mengenai geokimia,"

"Geokimia?"

"Ya, geokimia." saya ulang lagi, mungkin suara saya tenggelam dalam titis-titis hujan di pinggir bumi Shah Alam.

"Apa kaitan dengan fizik awak?"

Jadi saya salah. Teacher tak tahu saya sudah bertukar bidang. Maka saya menceritakan yang saya bertukar bidang sewaktu semester pertama di Penn State.

"Aaaah. Itulah awak. Dulu bukan awak suka gila ke fizik?"

Saya tersenyum, mengangguk. Ah cinta itu sudah lama hilang. Atau mungkin saya yang padamkannya.

"Kelas saya mesti awak tidur je. Tapi kalau kelas Teacher Sharifah, terjaga awak!"

Saya gelak. "Itu mungkin karma teacher."

Kebetulan, iqamah untuk solat asar dilaungkan. Kami segera bergegas ke dewan solat. Ah, siapa sangka, mahu melepak-lepak di Masjid berdekatan terserempak dengan guru-guru dari SAMBEST yang mengiringi peserta-peserta Kuiz Falak Syarie?

Saya bisikkan kepada kawan sewaktu kami menempuh hujan ke dewan Solat, "Ah, bukan kelas dia je aku tidur. Semua kelas aku tidur".

Ya, semua kelas. Termasuk fizik. Saya tersenyum sendiri.

Syukur Tuhan menunjukkan jalan.