Beginilah, setelah tiga tahun tak berkunjung dan hanya mengemaskini di Twitter betapa kecewanya saya tidak dapat ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, saya, ditemani rakan saya, berpesta di Pesta Buku semalam. Alhamdulillah Pesta ini tidak diharamkan oleh Pihak berkuasa kerana yang nyatanya saban tahun belum ada lagi kes remaja mati keracunan dadah ataupun berpesta mabuk tak ke sudah.
Di Pesta Buku, bahasanya ialah idea (dan wang... oh, apa yang tidak?). Sasaran pertama kami ialah bahagian buku teks universiti dengan penerbit-penerbit seperti CRC Press, ElSevier, Cambridge dan Oxford. Dahulunya memang langsung tidak berminat. Tetap sejak mula berjinak-jinak dengan akademik ini bahan bacaan ialah suatu eskapisme untuk pengajian. Belum ada sampel hendak dikumpul apatah lagi dianalisis, jadi yang ada hanyalah perkataan demi perkataan yang perlu cermat dipilih.
Buku-bukunya langsung tidak dipamerkan harga. Dengan kadar mata wang ringgit yang rendah, ditambah pula dengan kos import dan sebagainya saya memang berat hati mahu bertanyakan harga. Sehinggalah saya terjumpa buku yang memang saya berkenan: berkulit keras warna hitam dan agak tipis (secara relatifnya). Lalu saya bertanyakan harga.
RM 437. Empat ratus tiga puluh tujuh.
Ah. Saya letakkan semula di rak, dan mula bersangka-sangka bersama kawan saya yang penyelia saya cukup mulia untuk meluangkan sedikit duit gerannya untuk keperluan buku saya.
Jadi untuk sesi itu, kami hanya pusing-pusing mengumpulkan katalog. Saya perasan, bahawa kami mungkin sangat undressed memandangkan yang datang bertemu mereka biasanya ialah wakil-wakil kedai buku universiti atau perpustakaan. Jadi tidak hairanlah kami seolah-olah diendahkan (ini yang pertama).

Sebelum itu, saya berkunjung ke Dubook memandangkan petaknya terletak beltul-betul berderetan dengan pintu masuk kami. Tiada Faisal Tehrani di gerai, jadi kami teruskan ke bahagian-bahagian lain.
Sejak dahulu saya memang suka makanan di medan makan the Mall. Selepas kecewa dan berharap di bahagian penerbit buku akademik, kami merancang untuk KFC di the Mall. Ah, the Mall telah bertukar pemilik, Taikun Sunway. Setelah 30 minit mengelilingi bangunan yang sedang diubahsuai, kami memutuskan bangunan itu ditutup (dan kemudiannya disahkan dengan carian di Google). Kami masuk semula ke PWTC untuk solat dan merancang semula.
Carian Google mengesahkan bahawa memang ada KFC di dahulunya The Mall, dan kami melihat segelintir pelawat menikmatinya lewat ruang legar PWTC. Tapi misterinya, kami tidak tahu daripada mana mereka membelinya. Ah, KFC! Akhirnya, kerana tiada pilihan (dan wang - sudahku bilang wang juga bahasa pesta Buku dan bahasa rasmi PWTC). Kami nikmati makan tengah hari di medan selera sebelah sungai, berdekatan stesen LRT PWTC ditemani dengan anak-anak lipas yang segan-segan naik ke meja makan (saya perasan bayangan mereka dari awal - dan disahkan apabila saya nampak sendiri, tanpa bayangan setelah hampir selesai makan - tetapi hanya memberitahu kawan saya selepas kami selesai makan. Saya kira, itu adab bukan?)
Selesai makan, ah Faisal Tehrani ada di DuBook. Saya begitu teruja sehingga jadi malu-malu seperi anak gadis (dan ada tikanya saya rasa malu saya diperasan Faisal Tehrani). Saya beli buku-buku baru beliau, dan ZulFikri Zamir. Kemudian mundar-mandir, berkira-kira mahu Faisal Tehrani tandatangani salinan Perempuan Nan Bercinta saya. Ah malam sebelumnya saya sudah sediakan beberapa baris jawapan jika Faisal Tehrani terkejut dengan buku tersebut - kerana ia diharamkan; tetapi bahasa Pesta Buku bukankah idea seperti saya bilang? Walau peraturan dan sekatan pun tidak mampu menghalang aliran idea.
Tetapi sisi gadis saya masih lagi berkira-kira, jadi kami memutuskan untuk teruskan pemburuan buku-buku kami. Banyak kali juga kami turun untuk melihat-melihat jika Faisal Tehrani masih di petak DuBook; tetapi takdir mentertawakan saya. Nyata peluang pertama saya itulah peluang terakhir saya, kerana yang seterusnya beliau lagaknya asyik berbual dan lewat petang beliau sudah balik mungkin.
Petang itu, kami akhiri sesi dengan melawat ITBN. Untung, kru di sana sangat peramah. Seorang pekerja memperkenalkan kami kepada pekerja yang lain, yang merupakan seorang editor. Pada bacaan terakhir kawan saya yang bersifat post-Modernisme, beliau mengasakkan cadangan buku demi buku untuk kami pertimbangkan.
Dan kami ambil masa pula untuk menyaring pilihan-pilihan tersebut, dah kami berpuas hati dengan apa yang kami pilih dan memutuskan bahawa seorang pengarang daripada cadangan yang diasakkan tidak mengenai cita rasa kami. Karya beliau, dikatakan diinspirasi oleh Haruki Murakami (yang memang saya tidak minat setelah menghabisi 1Q84). Karyanya terlalu introspektif, malangnya saya tidak nampak unsur Murakami.
Saya harus berterima kasih kepada Big Bad Wolf yang mengajar saya bahawa banyak buku yang diborong selalunya tidak habis dibaca kerana tidak memenuhi minat saya. Saya jadi lebih selesa membaca berdasarkan cadangan atau saya memang pernah menyantuni pengarang tersebut.
Jadi saya habiskan kira-kira RM 150 sahaja (berbanding sebelum-belumnya yang selalunya mudah sahaja dua kali ganda jumlah tersebut). Buku-buku yang dibeli:
1. Pemodelan Alam Sekitar dan Ekosistem, Koh Hock Lye
2. Cerpen2 Underground, Faisal Tehrani
3. Aku_______, maka Aku ada, Faisal Tehrani
4. Berlari dari Jogja untuk menemukan Si Dia di Christiana, ZF Zamir
5. Boneka Rusia Guido, Wan Nor Azriq
6. Dublin, Wan Nor Azriq
7. Trivia, Ruhaini Matdarin
No comments:
Post a Comment