Saya dirundung kemalasan. Ini bukanlah perkara baharu sebenarnya. Perkara yang biasa-biasa terjadi. Orang atas angin gelar sifat ini "procrastination" --cuma kadang-kadang saya tertanya juga di manakah garis halus yang memisahkan procrastination dan laziness itu sendiri?
Semasa saya sedang menghabiskan ayat di atas, saya jumpa jawapannya (bukan salah saya. Memang neuron-neuron otak sentiasa berhubungan dan kelajuan impuls yang dikeluarkan jauh lebih pantas daripada saya menaip). Procrastination ialah satu lapisan yang menutup kemalasan - atau kalau kita nak bermain kata di sini, ialah suatu kemalasan yang produktif.
Mungkin anda habiskan masa membaca novel, atau di gim, atau mengemas dan membersihkan bilik -semata-mata untuk menipu diri anda bahawa anda tidak malas - sedangkan anda punya kerja lain yang perlu lebih diutamakan.
Jadi saya biarkan diri saya di awangan seketika, cuba menjejak balik langkah-langkah saya. Awalnya, saya begitu rajin, terperosok di bilik, di hadapan komputer baca itu dan ini serta godek itu dan ini. Bagaiman sejak beberapa minggu lepas saya hilang semangat --malah mula mempersoalkan tindakan saya untuk menyambung pengajian dalam keadaan tidak berduit ini. (Okay, itu cerita lain)
Biasanya setelah dua minggu bekerja saya akan bawa hasil kajian saya kepada penyelia. Penyelia saya tidak komen banyak melainkan apa yang saya buat itu bagus; dan tunggu apabila kutip sampel di lapangan kelak.
Hah! Itulah racunnya. Saya pantang dipuji dan rasa selesa, lebih-lebih lagi diberikan seolah-olah satu extension yang panjang kerana saya tidak punya sebarang sampel. Jadi saya bermalasan (ini bukan bertangguhan lagi). Binge-watching sitkom TV dan errr, tidur mungkin?
Ah, jangan malas-malas lagi Saya yakin ada hikmah Tuhan masih menutup pintu biasiswa kepada saya. Tetapi memang tiada hikmahlah kalau saya yang membiarkan diri terus bermalas-malasan. Itu kufur nikmat!

No comments:
Post a Comment