Sunday, April 8, 2012

Yang ke 48!

Saya suka bulan April! Banyak hari lahir orang saya sayang :)

April 8 1964, hari lahir ayah saya - En. Adzhar Abd Manaf.

lagu untuk ayah :)



Susah sikit nak berfeeling-feeling  dengan ayah ni, sebab lelaki ada cara berbeza untuk menyampaikan rasa kasih sayang mereka, dan itulah yang saya rasa.


Banyak, sebenarnya saya tak sependapat dengan Ayah saya - maklumlah anak lelaki, dia nak membina identiti tanpa diadun oleh mana-mana tapi dalam diam sebenarnya banyak yang ayah pengaruhi saya.

Saya rasa, Ayah lebih kenal saya lebih dari saya kenal diri saya. Hah, macam telepati la pulak. Tapi itulah hakikat.

Allah, moga Allah curahkan rahmat-Nya kepada Ayah.

Saya masih ingat lagi, dulu ayah tanya mahu jadi apa, saya jawab mahu jadi jurutera - kemudian ayah balas, "Hmm, mana ada muka jurutera," dalam nada entah bergurau entah tak.

OK, sebenarnya agak touching la, tapi betullah cakap Ayah - saya memang tak ada hati pun mahu jadi jurutera. Dan selepas SPM pintu terbuka luas, Alhamdulillah, tetapi saya runsing. Kemudian Ayah text saya, "Along ambillah yang mana-mana pun, ayah sokong je. Yang penting kerja untuk agama Allah."


Allah. Betapa besarnya nasihat. Semoga saya terus tsabat dalam jalan ini.

Lagi, saya masih ingat "insiden" saya melanggar kereta jiran sewaktu berlatih memandu kereta. Kemudian, dalam sugul Ayah datang mengetuk pintu dan berkata, tersenyum "Ha, senang tak jadi dewasa. Takpe, Ayah uruskan nanti"

Allah.

Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang, tetapi Ayah berbekal kudrat yang ada, membesarkan kami tujuh beradik dengan sedaya mampu. Dia akan mendahulukan kepentingan anak-anaknya berbanding kepentingannya dan ibu.

Untuk kami anak-anaknya.



Allah, tiada apalah yang mampu saya balas melainkan doa yang berpanjangan dan agar saya dapat berbakti kepada mereka setiap masa di saat saya mampu berdiri sendiri kelak. Amin.





Oh ye, saya jarang cakap benda ini kepada ayah, Along sayang ayah! :')

5 comments:

  1. Agreed. To all of this post's content!

    ReplyDelete
  2. wHaaappy birthday pakcik. Dua-dua april. Sama cm parents aku. Dua-dua march. Tp, cool lah ayah kau lg muda.:)

    ReplyDelete
  3. @Asif::)

    @Nidzam: Hoho. Itulah aku masa kecik2 pon pelik kenapa ayah aku lagi muda. hehe

    ReplyDelete
  4. dan birthday aku juga.

    (pernah langgar kereta jiran? hihihi :p )

    ReplyDelete
  5. @iwan reaz: Retis komen! hehe, itu masa mula-mula dapat L. hehe

    ReplyDelete