Bukan mudah mahu cari duit. Saya lihat ayah sebagai sole breadwinner, kerja overtime, buat kapal VIP dan buat perniagaan bersama-sama kawan-kawannya. Moga Allah permudahkan dan berkati hasil kerja ayah.
Kini masuk zaman tajaan. Alhamdulillah, limpahan kewangan. Ibu dan ayah juga merasa terpanggil untuk memberikan duit kerana menurut mereka, ini memang tanggungjawab mereka. Apatah lagi sewaktu duit habis.
Macam mana boleh habis? Ha, ini yang saya nak kritik diri saya.
Dahulu teringin juga mahu rasa itu dan ini, makan itu dan ini tetapi selalunya tidak dapat. Dan apabila dapat duit biasiswa, apa lagi, berbelanjalah untuk menunaikan hasrat terpendam setelah sekian lama. Cheh. Walaupun hakikatnya duit saya tidaklah banyak yang disalurkan ke arah itu, tetapi tuntutan seperti duit tambang setiap kali berprogram, dan makan minum, dan beli buku-buku yang lain saya lupa nak ambil kira. Jadinya, selalu akhir bulan sebelum masuk elaun baru, ibu dan ayah yang kena top upkan.
Di situlah pembaziran berlaku - untuk benda-benda yang tiada kaitan dengan tarbiyyah dan perjuangan. Saya jadi ber"nafsu" pula untuk beli barang-barang yang berjenama sedangkan ada lagi yang masih berjenama, dan berkualiti tetapi lebih murah. Apatah lagi di bumi Pakcik Sam ini, semuanya nak direbutkan. Beli barang online lagi. Mudah, ada kad debit.
Tambah-tambah lagi, saya tak perlu simpan duit untuk balik, memandakan ada keistimewaan daripada ayah sebagai pekerja MAS. Maka membuak-buaklah nafsu lagi.
Baru-baru ini, saya mahu kumpul duit pula untuk beli laptop "Alienware" - dalam $1500. Sebenarnya itu sangat mahal, tetapi entah kenapa saya menyimpan azam untuk itu pula. Sedangkan tak perlu - langsung tak perlu.
Sehinggalah saya dapat satu nasihat yang mahal daripada akhi saya, Abang Nadir al-Nuri. Menasihati saya akan peri pentingnya zuhud.
"Oh,that IS a pity.sini alhamdulillah,i just spend money on food and rent.and topup.the teachers teach us zuhud.ada sorang ustaz tak makan daging lembu,just because it's expensive compared to chicken etc.he says,why should he spend more on something when he can substitute it for something cheaper,when in the end it turns out to be the same?he even stops himself from buying a watch because he says he has his hp clock.
I guess we could apply snippets of that in our lives.what we have,or want,is measured by how much it paves a way to jannah in the few years we have to live.when we buy more than we need,in terms of value or price,logically it would bring us farther from jannah.kot?
Did not rasulullah s.a.w sleep on a straw mat that left marks on his bed,and fast when there was no food on the table,although he could have led a better life.maybe just buy a thin quilt,or make sure there was at least something to eat everyday?
Hadis nabi sebut,hiduplah di dunia seperti musafir lalu di persinggahan.what a musafir would bring in a journey is sufficient for us on the way to our final destination.we don't buy and bring everything in a journey,for sure it will become a burden.
Subhanallah.wa astaghfirullah.i've been preaching.forgive me for saying things that i myself suffer trying to do.allah yaftah alaina,ya akhi qalbi." - diedit sedikit dari segi ejaan.
Ya. Zuhud bukanlah bermakna mengabaikan langsung kehidupan dunia, tetapi mengambil sekadar perlu. Dan bukanlah bermakna, hanya di waktu kesusahan baru hendak mengamalkan zuhud - tetapi di waktu senang juga kita berpada-pada - barulah mahal di sisi Allah.
Ini saya berpesan kepada diri sendiri terutamanya. Hendak mengamalkan zuhud ala-ala para sahabat dan kekasih-kekasih Allah mungkin sangat-sangat di luar batas kemampuan saya. Tetapi, perlu berpada-padalah agar duit yang disumbangkan itu kelak boleh menjadi saksi amal kebaikan kita di hadapan Allah kelak. InsyaAllah.
InsyaAllah, kalau berkemampuan, dengan duit biasiswa ini, dan campur duit bekerja di US, saya mahu belanja ibu dan ayah buat umrah. Selalu ibu dan ayah ada sahaja tiket percuma, tetapi dari segi kemampuan untuk berbelanja di sana sering tidak ada - memikirkan yuran persekolahan dan lain-lain keperluan untuk kami adik beradik.
Jadi, kita tunggulah. Moga Allah permudahkan.
Oh ye, nak murah rezeki, kena banyak memberi, dan memberi dan bersyukur :) Tabung Palestine, tabung Somalia, dan banyak lagi tabung. InsyaAllah, mari sama-sama menderma :D
Subhanallah. Moga a little piece of advice goes far. And originally i was the one asking for advice, which regretfully can't be published to the world. Takut ramai nak ikut jejak :D
ReplyDeleteEh, kami pun ada tabung kebajikan penuntut ilmu di Syria ape..hehe. Allah yuwaffiq :)
hehe. boleh bayar guna paypal tak? haha
ReplyDeleteEh main2 je. Kami ada ATM (Acik Tabarru' Money) yg keluarkan duit setiap hari lepas Subuh kat masjid dekat rumah ;)
ReplyDelete