Tuesday, November 1, 2011

Tahniah, Palestin!

Alhamdulillah. 31 Oktober 2011, Palestin telah berjaya diterima masuk sebagai ahli kepada UNESCO, sebuah pertubuhan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi fokus kepada Pendidikan, Sains dan Kebudayaan.

Menurut jurucakap Palestinian National Authority, Ghassan Al-Khatib, mereka akan melakukan tindakan praktikal supaya isu Palestin ini berjaya diselesaikan kelak dan memulangkan hak rakyat Palestin. 

Penerimaan keahlian Palestin dalam UNESCO sebenarnya tidak langsung menyelesaikan masalah sempadan Israel-Palestin. Tetapi ini akan menjadi batu loncatan untuk Palestin diterima masuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UNESCO merupakan sebuah agensi PBB yang menumpukan kepada pendidikan, sains dan kebudayaan - dengan keahlian yang diterima hak pendidikan rakyat Palestin akan dipastikan oleh UNESCO, begitu juga dengan beberapa tempat bersejaarah, yang dirampas oleh Israel tanpa hak. Tempat kelahiran Nabi Ibrahim di Hebron, dan tempat kelahiran Nabi Isa di Betlehem, telah dirampas oleh Israel, malah beberapa tempat bersejarah Islam juga turut dirampas dan ditukarkan menjadi tempat yahudiu pula. Tak patut, tak patut

Jadi apakah reaksi Israel dan proksinya Amerika Syarikat? Sudah tentu mereka mengungi tidak. Dewan malah diselubungi gelak tawa apabila wakil Israel memberikan jawapan "NO" - kerana mustahil Israel akan bersetuju. Setiap kali disebut undian "YES" dewan akn bertepuk gemuruh memberi sokongan kepada Palestin. 

US, Israel, Jerman, Kanada, Holland bersama-sama 9 negara lain mengatakan tidak (voted "NO") dan 107 negara lain termasuk China, Brazil, Afrika Selatan, dan Perancis mengatakan YES untuk Palestin. British dan Itali pula menolak untuk mengundi.



Lebih teruk lagi, "Abang Long " Israel, Negara Encik Sam, berjanji seia sekata akan memutuskan sumbangan kepada UNESCO. Tindakan ini sedikit sebanyak merugikan UNESCO kerana 22% daripada dana UNESCO disumbang oleh Washington dengan jumlah yang bernilai $80 Juta. Walau bagaimanapun, UNESCO pernah sahaja berdiri sendiri tanpa bantuan US kerana pada zaman Ronald Reagan bantuan ini diberhentian dan hanyalah pada zaman G.W.Bush (anak dia, bukan ayah dia) sumbangan ini diteruskan , jadi UNESCO akan utuh berdiri, insyaAllah. Alasan US untuk pemotongan ini ialah ia akan mengganggu gugat usaha damai Palestin-Israel yang bagi US hanya akan dicapai dengan pertemuan dua hala Israel dan Palestin. Sudah-sudahlah US, semua orang tahu pertemuan yang hanya akan ada ialah bedilan bom Israel mengenai rakyat Palestin.

Ini ada video bagaimana kelam kabutnya wakil US apabila mengumumkan pemotongan dana tersebut. Apabila seorang wartawan bertanyakan soalan-soalan panas, menggelupur minah tu nak jawab. Hah, nak buat macam mana kan? Dia nak sangat menegakkan benang yang basah, Sila lihat.


Ha, dah tonton? Kan saya udah bilangin, kelam kabut perempuan itu menjawab soalan-soalan bertubi-tubi daripada wartawan smart gila ini


Israel macam biasalah, lagaknya takut dengan bayang-bayang sendiri mengungkapkan peristiwa bersejarah ini sebagai "Tragedi". Hoi, yang kau bunuh-bunuh orang Palestin itu apa pula? Usaha damai? Memandangkan kita memang tahu persepsi Israel terhadap kekejaman sangat pelik dan ngok ngek, marilah kita abaikan.

Sekali lagi, tahniah Palestin! 

Dan pesanan untuk umat islam yang lain - Please, please, please. Sumbanglah yang termampu untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Doa boleh, duit boleh, boikot pun boleh. Kita tak mahu bukan diri kita terkontang-kanting  jawab soalan Allah kelak apabila rakyat Palestin menuntut hak mereka sebagai saudara seislam di hadapan Allah kelak? Mari, mari, do our part.

Ayuh, insyaAllah 


4 comments:

  1. wan to tri yang hensem. perasan tak. kau duk US je, benda ni berlaku? haa.. I mean, ramai dah buka mata utk tak bersama US. bagus la keberadaan kau kat situ satu rahmat barangkali? :)

    ReplyDelete
  2. Wah, anda ialah pengomen dan pengfollow saya yang pertama.

    Untuk itu ada hadiah untuk anda ;)

    haha. Takdelah sampai macam itu. ah, mungkinkah?

    Tidaklah. Rahmat tuhan itu dimana-mana, pada kadaran dan aturan-Nya yang hanya Dia mengetahui :)

    ReplyDelete
  3. video pertama sgt heart warming! :)
    wan tu tri?haha boleh je punnnn

    New chapter with no baggage i guess?Selamat maju jaya!

    ReplyDelete