Tuesday, November 15, 2011

Resume: Nidzam Yatimi

Ha! Saya ada seorang kawan yang sangat superb macam Aamir Khan, lebih kurang (ok, ini random)

Dahulu saya ada janji untuk tuliskan entri penghargaan untuknya, tetapi saya ini jenis malu-malu cicak rumah yang dibunuh di malam jumaat, saya tak pernah tulis sewaktu saya di Malaysia.

Memandangkan saya sudah 15 000 KM jauhnya daripada Malaysia, jadi saya tulislah sekarang.

Nama beliau, Nidzam Yatimi, anak encik Ramli, tinggal di Shah Alam. Oh ye, banyak gambar yang saya letak untuk encik Nidzam kenang sendiri memorinya.

Encik Nidzam, berbaju melayu Beige. (2006)
Serius saya bilang, dia teman saya yang baik lagi rapat. Sekolah dulu sama-sama, pergi FCR sama-sama, program Qiamullail sama-sama. Hah memang terasalah kehangatan persaudaraan itu. Cheh.

OK, ini entri bukan pasal saya. Tetapi mengenai sahabat saya. Kami dah kenal lama, dari tahun 2004 sewaktu menapak di sebuah sekolah yang indah lagi permai.

Saya ingat lagi dialog pertama saya dengan dia, sebab dia antara orang pertama yang tegur saya dalam kelas prep. Minta tolong berikan makna perkataan dalam bahasa arab. itu seingat sayalah - Tetapi Nidzam sendiri pun tak ingat, tak boleh lah nak tuduh saya salah. Haha. Nak kata rapat dulu, tak juga. Maklumlah,saya jaguh baca, dia jagoan sukan dan nasyid, dan rawi. Eh banyak pula. Dikatakan Messi turut meminta tips main bola daripadanya - ok ini satu penipuan besar.


Forte kami tak sama.

Gambar Rawi
Tetapi masa itu selalu punya jalan, untuk mempertemukan insan dalam satu persimpangan bukan? Dipendekkan cerita kami jadi rapat apabila sama-sama jadi pengawas, dan lebih rapat apabila sama-sama minta DQ tapi saya tak dapat.

1 Tuhan, 1 Akidah, bukan 1 Malaysia!

Waktu sedih. Hai, sampai sekarang terasa bekasnya. Tetapi Nidzam sering memujuk saya untuk melihat dalam skop yang lebih luas. Nak kata tak cemburu tipulah. Nidzam Yatimi itu hafaz 30 juzu'.

Yang buat dia lebih hebat, aktif bersukan lagi, jaga akhlak dengan kawan-kawan daripada pelbagai lapis dan hierarki masyarakat dan mad'u. Pandai je nak selit-selit agama bila berbual dengannya - sesuatu yang saya perlu belajar daripadanya.

Sekarang dengar cerita dah jadi antara otai FCR, dan sesiapa yang pernah ikut blog saya dahulu, cerpen Dialog dalam Koc merupakan inspirasi daripada cerita yang sahabat saya ini alami.

Sumpah, memang potensi besar.

Baiklah, tak boleh puji banyak-banyak, nanti ada lubang hidung yang kembang.

Gambar balas dendam sebab dia ambil gambar saya tidur dulu (2007)
Ucapan saya, ialah Bro, selamat hari lahir yang ke-20. Moga Allah sentiasa lindungi kau tatkala penjagaan manusia (termasuk aku) tak sampai kepada kau. Orang yang hebat itu ialah yang hebat ketaqwaannya kepada Allah. Moga dikuatkan jiwa kau untuk akur akan sunnatullah perjuangan dalam menjulang syariatullah. Ayuh kita berusaha, Zam.

InsyaAllah, berbahagialah kau di bumi tanah air tercinta, berbakti kepada agama dan ummah. Hanya doa yang mampu kukirimkan, dan tunggulah tahun depan :)

Aku doakan juga kau diberikan jodoh yang solehah, yang akan membimbing dan sudi dibimbing mengharung jalan ke syurga. InsyaAllah

Amin.

Nanti Ramadhan tahun depan kita kumpul dengan Haniff, Sohaib, Fadhil dan lain-lain yang balik Malaysia di Masjid Al-Falah lagi. InsyaAllah.

Uhibbukafillah, akhi :)


Eh, banyak pula gambar yang aku simpan. Haha, dari zaman form 3, sampai F5 kot. Terima kasih buat saudara Imran Zawawi atas gambar-gambar old skool yang saya pun tak tahu saya ada, haha,  dan juga dari FB encik Nidzam sendiri

2 comments:

  1. aku pulak yang sama-sama rasa terharu. semalam 'seksa' dia sembang dengan aku sampai sejam setengah.

    rindu korang.

    20 yang ni aku rasa akan jadi 20 yang panjang buat dia.hah.

    ReplyDelete
  2. Haha. Haniff!!!

    Ye, 20 yang panjang. Ke tak?

    Hehe.

    ReplyDelete